Dari banjir Jakarta hingga kebakaran hutan Australia: Isyarat amaran krisis iklim yang jelas

  Ketika dunia menyambut Tahun Baru 2020 pada 1 Januari lalu, wilayah metropolitan Jakarta, Indonesia, telah dilanda bencana banjir yang amat serius, selepas hujan lepas semalaman. Sekurang-kurangnya 60 orang telah dilaporkan mati kerana lemas, tanah runtuh, hipotermia dan kejutan elektrik. Bencana banjir ini merupakan kejadian banjir yang paling teruk di Jakarta sejak tahun 2007. Jakarta … Continue reading Dari banjir Jakarta hingga kebakaran hutan Australia: Isyarat amaran krisis iklim yang jelas

Tahun 2020: Ikthiar baru untuk perjuangkan pembebasan rakyat, keadilan sosial dan kesejahteraan bersama

Tahun 2020 menjelang, dengan Wawasan 2020 yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang juga ke-7 hanya tinggal dalam ingatan untuk generasi yang hidup dalam 3 dekad yang kebelakangan ini. Retorik dalam Wawasan 2020 yang berbunyi sedap seperti “negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama”, “masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju”, “masyarakat demokratik … Continue reading Tahun 2020: Ikthiar baru untuk perjuangkan pembebasan rakyat, keadilan sosial dan kesejahteraan bersama

Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Aksi rakyat gesa Kerajaan isytihar Darurat Iklim

KUALA LUMPUR – 7 JULAI 2019: Satu aksi protes ilklim, #MYClimateRally, telah diadakan pada hari ini di ibu negara, dengan tuntutan yang menggesa Kerajaan Malaysia supaya bertindak serta-merta untuk membendung ancaman perubahan iklim di Malaysia. Lebih 100 orang telah mengambil bahagian dalam aksi hari ini yang melibatkan perarakan dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka. Para … Continue reading Aksi rakyat gesa Kerajaan isytihar Darurat Iklim

Anak muda “ponteng sekolah” dalam Mogok Iklim Sedunia kedua

Kanak-kanak dan anak muda di seluruh dunia sekali lagi “ponteng sekolah” pada satu hari Jumaat yang sama untuk memprotes terhadap krisis iklim sedunia yang semakin meruncing. Pada 24 Mei 2019, mogok pelajar berlangsung di lebih 1,400 buah bandar di lebih 110 buah negara, dengan sekurang-kurangnya 1.4 juta orang mengambil bahagian dalam aksi untuk keadilan iklim … Continue reading Anak muda “ponteng sekolah” dalam Mogok Iklim Sedunia kedua