Tenaga kerja penting ini, yang bertanggungjawab untuk memastikan hospital-hospital dan sekolah-sekolah kita bersih serta selamat, telah dinafikan gaji minimum yang layak sara hidup.
Penyumberan luar kepada kontraktor swasta terus memangsakan pekerja bergaji rendah di sekolah kerajaan – Laporan kajian JPKK dedahkan lagi kepincangan sistem kontrak
Laporan kajian JPKK yang terbaru mendedahkan bahawa sistem kontrak perkhidmatan terhad masa terus disalahgunakan dalam pengupahan pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan (termasuk pekerja pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan) yang berkhidmat di sekolah-sekolah kerajaan di mana pekerja-pekerja ini menghadapi pelbagai masalah seperti pelanggaran hak pekerja dan tiada keterjaminan kerja.
Dasar Gaji Progresif tidak cukup untuk tangani masalah gaji rendah
Dasar Gaji Progresif tidak akan dapat mencapai matlamatnya untuk membawa peningkatan gaji yang bermakna kepada pekerja-pekerja di Malaysia sekiranya sistem yang wujud sekarang seperti Gaji Minimum dan rundingan bersama yang melibatkan kesatuan pekerja tidak dipertingkatkan.
Menang kerana berani lawan! – 4 orang pengawal keselamatan hospital dipulihkan kerja selepas berprotes di Kementerian Kesihatan
Atas ketegasan dan kegigihan 4 orang pengawal keselamatan hospital yang berani lagi tegas dalam memperjuangkan hak mereka, akhirnya mereka berjaya dipulihkan kerja mereka selepas lebih 9 bulan diberhentikan kerja secara tidak adil.
Jawapan Menteri di Parlimen mengenai pekerja kontrak: Kerajaan tidak pedulikan nasib rakyat bawahan
Kerajaan patut menilai semula keputusan yang tidak menyerap semula pekerja kontrak kebersihan dan kawalan keselamatan di sekolah dan hospital sebagai kakitangan kerajaan.
Masih tak dapat gaji minimum RM1,500: Kerajaan gagal bela pekerja B40
Walaupun gaji minimum RM1,500 sebulan telah mula berkuatkuasa pada bulan Mei 2022, tetapi selepas 9 bulan, masih adanya ramai pekerja yang diupah oleh kontraktor untuk bekerja di premis-premis kerajaan tidak dibayar dengan kadar gaji minimum terbaru ini. Sementara itu, wujudnya diskriminasi apabila kerajaan memanjangkan lagi tempoh pengecualian kepada majikan yang mengupah kurang daripada 5 orang pekerja dalam membayar gaji minimum RM1,500.
Cikgu Tina bertekad hapuskan sistem kontrak yang mangsakan pekerja B40
“Saya boleh memberi aku janji bahawa salah satu isu yang saya akan menekankan dan membawa ke dalam Parlimen jika saya diberi mandat sebagai wakil rakyat ialah saya akan cuba menghapuskan sistem kontrak untuk semua perkhidmatan sokongan (seperti pembersihan dan kawalan keselamatan) di premis kerajaan,” kata Cikgu Tina.
UMNO-BN enggan layan tuntutan pekerja kontrak B40
Walaupun telah dimaklumkan lebih awal tentang kunjungan daripada JPKK untuk menyerahkan memorandum tuntutan pekerja kontrak kerajaan, tetapi tiada seorang wakil daripada BN menerima memorandum yang mengandungi tuntutan pekerja-pekerja bawahan B40.
JPKK gesa semua parti politik peduli pada masalah pekerja kontrak kerajaan
JPKK mengemukakan tuntutan pekerja kontrak kerajaan untuk PRU-15 kepada gabungan parti politik utama.
SIP gagal lindungi pekerja kontrak
JPKK dan PSM membawa kepada perhatian PERKESO mengenai kelemahan yang wujud dalam Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sehingga menyebabkan pekerja-pekerja kontrak yang berpendapatan rendah dan kekurangan jaminan kerja tidak dilindungi.