oleh M. Sivaranjani Pada 22 Ogos 2019, satu sesi taklimat telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Selangor untuk membentangkan cadangan pindaan terhadap Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyambut baik cadangan pindaan tersebut kerana pindaan-pindaan ini akan membantu pekerja dalam menubuhkan … Continue reading Tibanya masa laksana pembaharuan undang-undang yang jamin hak berkesatuan untuk pekerja – PSM sambut baik cadangan pindaan terhadap Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967
Pengawal keselamatan di syarikat lombong tuntut pemulihan kerja
Pada 6 Ogos 2019, Sri Kavin Das, seorang pekerja kawalan keselamatan yang bekerja di syairkat Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd telah dipanggil untuk rundingan damai bersama majikannya di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Perak. Sri Kavin bekerja dengan Syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd yang beribupejabat di Gerik, Perak sejak 2 Julai 2018, dan diberhentikan pada … Continue reading Pengawal keselamatan di syarikat lombong tuntut pemulihan kerja
Pekerja pembersihan sekolah mula fail kes di JPP
SHAH ALAM: Seramai 35 orang pekerja pembersihan dari 8 buah sekolah di negeri Selangor yang diberhentikan kerja oleh majikan masing-masing, telah memfailkan kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Selangor pada 13 Jun 2019, dengan tuntutan untuk kembali bekerja. Pada akhir bulan Mei 2019, ramai pekerja pembersihan di sekolah-sekolah kerajaan telah diberhentikan kerja apabila kontraktor baru … Continue reading Pekerja pembersihan sekolah mula fail kes di JPP
Pekerja pembersihan di Hospital Port Dickson dipulihkan kerja setelah diberhentikan secara tidak sah
Vanesri Subramaniam ialah seorang pekerja pembersihan yang bekerja di Hospital Kerajaan Port Dickson. Beliau bekerja di sana unutk lebih 20 tahun. Pada masa kini, Vanesri bekerja di bawah majikan baru, Panoramax Development Sdn Bhd, dengan kontrak selama 2 tahun. Disebabkan masalah kesihatannya, Vanesri pernah mengambil cuti sakit beberapa kali dan doktor pernah memberi satu surat … Continue reading Pekerja pembersihan di Hospital Port Dickson dipulihkan kerja setelah diberhentikan secara tidak sah
Melawan satu empayar – kes Subramaniam lawan Kedutaan AS akhirnya dirujuk ke JPP selepas 10 tahun
oleh S. Arutchelvan Pada pagi 28 September 2018, saya tidak dibenarkan untuk masuk ke mesyuarat runding damai yang dijalankan oleh Jabatan Perhubungan Perusaahaan (JPP) dalam kes antara seorang bekas pekerja di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Kedutaan AS itu sendiri. Saya diberitahu oleh pegawai JPP bahawa Kedutaan AS telah membantah kehadiran saya. Saya terkejut kerana … Continue reading Melawan satu empayar – kes Subramaniam lawan Kedutaan AS akhirnya dirujuk ke JPP selepas 10 tahun