Revolusi 1848 (Siri Revolusi Dunia – 09)

“Seekor hantu sedang berkeliaran di Eropah - hantu komunisme. Semua kuasa Eropah lama telah memasuki sebuah perikatan suci untuk mengusir hantu ini: Paus dan Tsar, Metternich dan Guizot, Radikal Perancis dan perisik polis Jerman,” begitu tulisnya Manifesto Komunis yang diterbitkan di London pada 21 Februari 1848. Namun, apa yang tidak dijangkakan oleh penulisnya Karl Marx dan Friedrich Engels pada masa itu, François Guizot daripada “Metternich dan Guizot” yang hendak mengusir hantu komunisme itu dijatuhkan dua hari selepas Manifesto Komunis diterbitkan kerana revolusi yang tercetus di Perancis; sementera Klemens von Metternich, jurubina susunan ultra-konservatif Eropah pasca Napoleon, digulingkan tiga minggu kemudian apabila pemberontakan rakyat tercetus di Vienna.

Itali: Gerakan Sardin berjaya sekat kemaraan pelampau kanan di Emilia-Romagna

Gerakan Sardin yang bermula dari wilayah Emilia-Romagna pada pertengahan bulan November 2019, telah berjaya menyekat kemaraan kuasa pelampau kanan daripada menawan wilayah yang merupakan kubu kuat politik kiri di negara Itali untuk selama lebih 70 tahun itu... sekurang-kurangnya untuk ketika ini. Dalam pilihanraya wilayah Emilia-Romagna yang diadakan pada 26 Januari 2020, Gabungan Kiri-Tengah yang dipimpin … Continue reading Itali: Gerakan Sardin berjaya sekat kemaraan pelampau kanan di Emilia-Romagna

Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Itali: Lawan arus pelampau kanan dengan Sardin

Bermula pada 14 November 2019 di Piazza Maggiore, sebuah dataran awam yang terletak di bandar Bologna di wilayah Emilia-Romagna, lahirnya satu gerakan massa yang baru di Itali, sebagai respon kepada ancaman kuasa pelampau kanan yang diwakili oleh perluasan pengaruh politik Liga Utara (Lega Nord) yang dipimpin oleh Matteo Salvini. Gerakan yang baru di Itali ini … Continue reading Itali: Lawan arus pelampau kanan dengan Sardin

Memperingati Giacomo Mateotti

oleh Hadri A Rahman “Anda tidak akan membunuh ideal ini. Anak-anak saya akan berbangga dengan ayah mereka. Para pekerja akan memberkati mayat saya.” - Perkataan yang terakhir disebutkan oleh Giacomo Mateotti sebelum dibunuh. Ketika sesi parlimen Itali pada 30 Mei 1924, Giacomo Matteotti, pemimpin Parti Sosialis Bersatu (Partito Socialista Unitario, PSU) di Dewan Perwakilan Itali … Continue reading Memperingati Giacomo Mateotti

Pilihanraya Parlimen Eropah: Imbangan kuasa baru dalam Eropah yang berpecah-pecah?

Pilihanraya Parlimen Eropah baru-baru ini menyaksikan penurunan sokongan kepada parti-parti tradisional utama daripada blok berhaluan kanan dan blok demokrat sosial yang berhaluan kiri tengah, sementara blok liberal yang berhaluan tengah, blok nasionalis yang berhaluan pelampau kanan, dan blok politik hijau yang memperjuangkan perlindungan alam sekitar dapat meningkatkan kerusi dalam jumlah yang signifikan. Cabaran untuk blok … Continue reading Pilihanraya Parlimen Eropah: Imbangan kuasa baru dalam Eropah yang berpecah-pecah?

“Kami tidak akan bersubahat!”: Pekerja pelabuhan Itali mogok untuk halang penghantaran senjata ke Arab Saudi

oleh Hadri A Rahman Pada 20 Mei 2019, pekerja dari kesatuan pekerja Konfederasi Umum Buruh Itali (CGIL), dengan kerjasama parti politik “Kuasa Kepada Rakyat” (Potere al Popolo, PaP) dan kumpulan anti-fasis dan pasifis di pelabuhan Genoa telah melancarkan mogok membantah keputusan pihak berkuasa Itali yang memberi kebenaran kepada sebuah kapal kargo Arab Saudi, Bahri Yanbu, … Continue reading “Kami tidak akan bersubahat!”: Pekerja pelabuhan Itali mogok untuk halang penghantaran senjata ke Arab Saudi