Catatan bagaimana misteri RM40 ribu akhirnya diselesaikan dan diberikan kepada bekas pekerja Ladang Bukit Tunggu.
Peneroka Gatco buat aduan polis: Tolak ugutan Exco Negeri Sembilan
Peneroka-peneroka Kampung Gatco membuat aduan polis di IPD Seremban pada hari ini berkenaan dengan ugutan daripada Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang memaksa mereka untuk menerima sahaja tanah 4 ekar yang ditawarkan.
Forum Peduli Rakyat suarakan keluhan rakyat Pulau Pinang
GEORGETOWN, PULAU PINANG: Dari isu perumahan dan pengangkutan awam, sehingga isu pencemaran alam dan perubahan iklim, peserta-peserta yang hadir dalam Forum Peduli Rakyat yang diadakan di Pulau Pinang pada 15 Februari 2020 telah menyatakan keprihatinan mereka terhadap isu-isu tempatan yang mempengaruhi kehidupan rakyat biasa dan menuntut pada kerajaan supaya mendengar keluhan rakyat serta mengambil tindakan … Continue reading Forum Peduli Rakyat suarakan keluhan rakyat Pulau Pinang
Realiti Kampung Peneroka Segambut Permai – Menjawab Ahli Parlimen Segambut
oleh Soh Sook Hwa Pertama sekali, keprihatinan YB Hannah Yeoh selaku Ahli Parlimen Segambut terhadap peneroka asal Kampung Segambut Permai tidak pernah dipertikaikan dan amat dihargai. Setelah dihubungi oleh Setuausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) Sivarajan Arumugam, YB telah merespon dan mengaturkan satu perjumpaan bersama wakil penduduk di Parlimen pada 27 Nov 2019. YB sendiri … Continue reading Realiti Kampung Peneroka Segambut Permai – Menjawab Ahli Parlimen Segambut
Pekerja Ladang Bukit Beruntung tuntut tanah untuk selesaikan penantian rumah selama 20 tahun
KUALA KUBU BHARU - 18 DISEMBER 2019: Pekerja-pekerja Ladang Bukit Beruntung yang ditipu oleh pemilik ladang tersebut yang gagal menunaikan janji membina rumah untuk mereka, telah mengadakan aksi protes pada hari ini dan menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, dengan tuntutan kepada Pentadbir Tanah supaya merampas tanah daripada pemilik tanah ladang … Continue reading Pekerja Ladang Bukit Beruntung tuntut tanah untuk selesaikan penantian rumah selama 20 tahun
Nik Aziz Afiq kemukakan Manifesto PSM untuk PRK Semenyih
SEMENYIH, SELANGOR – 18 FEBRUARI 2019: Nik Aziz Afiq, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih, telah membentangkan Manifesto PSM untuk PRK Semenyih dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan pada hari ini. Walaupun Mahathir pernah mengatakan manifesto itu bukan kitab suci, tetapi PSM amat memandang serius tentang manifesto, kerana … Continue reading Nik Aziz Afiq kemukakan Manifesto PSM untuk PRK Semenyih
Isu pengusiran paksa penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder Butterworth
BUTTERWORTH, PULA PINANG: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menjalankan pengusiran paksa terhadap penduduk kampung yang masih tinggal di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang, Butterwoth, pada 14 Februari 2019, melalui tindakan pelaksanaan notis pengosongan tanah oleh bailif Mahkamah Butterworth. Penduduk-penduduk kampung telah cuba berunding dengan pihak MAINPP tetapi pihak MAINPP bertegas untuk … Continue reading Isu pengusiran paksa penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder Butterworth
Peneroka GATCO tuntut penyelesaian adil untuk masalah tanah yang lama tertangguh
SEREMBAN – 12 FEBRUARI 2019: Peneroka-peneroka Kampung Gatco (juga dikenali sebagai Kampung Serampang Indah), Jempol, Negeri Sembilan, telah mengadakan satu aksi protes di hadapan Wisma Negeri di mana terletaknya Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan. Satu memorandum telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan dan para peneroka menuntut satu perjumpaan dengan Menteri Besar Aminuddin Harun untuk membincangkan … Continue reading Peneroka GATCO tuntut penyelesaian adil untuk masalah tanah yang lama tertangguh
Bukit Kledang digondol, pihak berkuasa Perak gagal laksana tanggungjawab
IPOH – 9 FEBRUARI 2019: Aktivis-aktivis daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat aduan polis pada hari ini terhadap Kerajaan Negeri Perak kerana membiarkan pembersihan hampir 10 hektar tanah hutan simpan dan penanaman kelapa sawit di Bukit Kledang Saiong. Aduan polis tersebut dibuat di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh. Rombongan PSM diketuai oleh R. Mohanarani, Ahli Jawatankuasa Pusat … Continue reading Bukit Kledang digondol, pihak berkuasa Perak gagal laksana tanggungjawab
Penduduk Kampung Seri Kesinai diancam pengusiran
KANGAR – 28 JANUARI 2019: Pejabat Menteri Besar Negeri Perlis telah dikunjungi oleh satu rombongan penduduk dari Kampung Seri Kesinai, Padang Besar, Perlis, pada hari ini yang membawa tuntutan supaya Menteri Besar Perlis Azlan bin Man mencampurtangan untuk menyelesaikan masalah pengusiran paksa yang sedang dihadapi mereka. Sebanyak 15 buah keluarga yang menetap untuk selama 35-40 … Continue reading Penduduk Kampung Seri Kesinai diancam pengusiran