Kartel polis dan kebebasan selamatkan institusi polis

(Berikut ialah kenyataan bersama daripada 43 buah organisasi yang dikeluarkan pada 30 April 2021.) Kami, Organisasi Sivil dan Politik yang menandatangani kenyataan mengenai Kartel Polis dan Kebebasan ini ingin menegaskan dan mengutarakan beberapa perkara penting berhubung dengan Institusi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) seperti berikut: Kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador, semasa … Continue reading Kartel polis dan kebebasan selamatkan institusi polis

Lebih baik gugurkan “I” daripada IPCC

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 27 Ogos 2020, S. Arutchelvan, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) mencadangkan supaya menggugurkan huruf “I” daripada IPCC, ataupun perkataan “Bebas” daripada “Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis” yang dicadangkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Ini kerana Kerajaan telah “menyembelih” rang undang-undang (RUU) yang penting untuk pembaharuan dan penambahbaikan perkhidmatan polis ini … Continue reading Lebih baik gugurkan “I” daripada IPCC

Kembalikan kewibawaan dan integriti polis: RUU IPCMC akhirnya dibentangkan dalam Parlimen

Setelah penungguan selama 14 tahun pelaksanaan cadangan daripada Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), akhirnya Rang Undang-Undang (RUU) IPCMC dibentangkan dalam Parlimen pada 18 Julai 2019. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Hal Ehwal Parlimen) Liew Vui Keong telah membentangkan RUU … Continue reading Kembalikan kewibawaan dan integriti polis: RUU IPCMC akhirnya dibentangkan dalam Parlimen

Rakyat tuntut pelaksanaan IPCMC

KUALA LUMPUR: Gabungan Tuntut IPCMC telah mengadakan satu aksi protes di hadapan Bangunan Parlimen pada 8 April 2019, untuk menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen dengan tuntutan pelaksanaan segera penubuhan Suruhanjaya Besa Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Wakil daripada masyarakat sivil dan keluarga mangsa kematian dalam tahanan polis telah hadir dalam aksi ini. Baru-baru ini, … Continue reading Rakyat tuntut pelaksanaan IPCMC

Polis terlibat dalam kes penghilangan paksa – Tubuhkan IPCMC sekarang juga

  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah mengumumkan laporan hasil siasatan awam terhadap kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat pada 3 April 2019. Dalam laporan tersebut, panel SUHAKAM mendapati bahawa pihak polis, khususnya Cawangan Khas Bukit Aman, terlibat dalam kehilangan kedua-dua orang individu tersebut. Ini merupakan satu dakwaan yang serius terhadap Polis … Continue reading Polis terlibat dalam kes penghilangan paksa – Tubuhkan IPCMC sekarang juga