Rusia serang Ukraine: Persaingan kuasa imperialis memuncak di Eropah Timur

Konflik di Eropah Timur hanya boleh diselesaikan melalui rundingan bersama yang berasaskan semangat saling hormat-menghormati, bukannya melalui ancaman serang-menyerang menggunakan keganasan perang. Oleh itu, kita harus menolak perang di Ukraine. Kita harus membantah serangan tentera Rusia ke atas Ukraine. Kita harus membantah campurtangan kuasa imperialis AS yang memburukkan lagi konflik serantau. Rakyat Ukraine berhak menikmati hak kebebasan mereka untuk menentukan nasib sendiri, begitu juga dengan rakyat di wilayah Donbas.

Afghanistan: Neraka ciptaan imperialisme

Kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) telah menduduki Afghanistan untuk hampir 20 tahun dengan alasan membanteras keganasan dan mewujudkan demokrasi di negara Asia Tengah itu. Namun, apabila tentera AS dan sekutunya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meninggalkan Afghanistan baru-baru ini, Taliban mengambil alih negara itu daripada kerajaan pusat yang disokong oleh AS dalam masa yang sangat singkat. Pengembalian Taliban sebagai kuasa yang memerintah Afghanistan menandakan kegagalan imperialis AS yang paling memalukan setakat ini dalam abad ke-21.

Apabila karbon bertemu dengan kapitalisme

Karbon itu ialah kewujudan yang semula jadi, tetapi apabila ia bertemu dengan kapitalisme yang merupakan sistem ekonomi buatan manusia yang berfungsi berlandaskan logik pengumpulan modal secara berterusan, ia mendatangkan krisis kepupusan kepada spesies manusia sendiri! Kita hanya dapat mengatasi krisis yang timbul daripada kapitalisme itu dengan melangkaui kerangka kapitalisme.

Negara pengganas nombor satu dunia kata negara yang paling banyak beri bantuan perubatan antarabangsa itu penaja keganasan

Sebuah negara dengan kuasa tentera yang terbesar di dunia dan sering melakukan campurtangan ketenteraan ke atas negara-negara lain, termasuk melakukan pembunuhan terancang yang bersifat keganasan (seperti pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani dari Iran di bumi Iraq pada 3 Januari 2020 dalam satu serangan udara); sebuah lagi negara yang merupakan negara kepulauan yang menghadapi sekatan ekonomi selama … Continue reading Negara pengganas nombor satu dunia kata negara yang paling banyak beri bantuan perubatan antarabangsa itu penaja keganasan

Venezuela: PSUV menang besar dan tamparan kepada imperialis AS

Selepas empat tahun yang penuh campurtangan kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) dengan sekatan ekonomi, sabotaj, cubaan rampasan kuasa, cubaan pembunuhan dan pencerobohan tentera upahan, rakyat Venezuela telah mengundi untuk Perhimpunan Kebangsaan yang baru dalam pilihanraya umum yang diadakan pada 6 Disember 2020. Pilihanraya Parlimen Venezuela diadakan pada 6 Disember 2020, untuk memilih 277 orang perwakilan … Continue reading Venezuela: PSUV menang besar dan tamparan kepada imperialis AS

Pameran online poster anti-imperialis (Siri 4) – Perang Hibrid

Perang Hibrib, oleh Daniela Ruggeri (Argentina), Tricontinental: Institute for Social Research Siri Keempat Pameran Poster Anti-Imperialis Atas Talian anjuran Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah dilancarkan pada 3 Disember 2020. Edisi terakhir dalam siri Pameran Poster Anti-imperialis ini membawa tema “Perang Hibrid”. Ia menampilkan sumbangan poster daripada 30 orang … Continue reading Pameran online poster anti-imperialis (Siri 4) – Perang Hibrid