Turki: Demokrasi terus diancam dengan perbicaraan pertunjukan terhadap HDP

Perbicaraan pertunjukan terhadap 108 orang pemimpin HDP yang akan diadakan pada 26 April 2021 merupakan sebahagian daripada plot untuk menghancurkan gerakan pembangkang demokratik berhaluan kiri yang paling besar di negara Turki pada masa kini. Selahattin Demirtaş, bekas Pengerusi HDP, seorang sahaja bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15,000 tahun sekiranya disabit kesalahan dalam kes Kobanî!

Turki: Parti Demokratik Rakyat diancam pengharaman oleh rejim autoritarian

Kerajaan Turki di bawah pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdoğan yang semakin bersifat authoritarian sedang mencuba untuk menghancurkan parti pembangkang berhaluan kiri yang utama di negara itu, dengan tindakan terbarunya adalah melancarkan prosiding mahkamah untuk mengharamkan Parti Demokratik Rakyat (HDP) yang mendapat sokongan daripada jutaan rakyat Turki. Pada 17 Mac 2021, pihak pendakwaraya Turki telah memfailkan … Teruskan membaca Turki: Parti Demokratik Rakyat diancam pengharaman oleh rejim autoritarian

Turki: Rejim Erdogan lancar penangkapan besar-besaran terhadap anggota HDP

Kerajaan Turki pimpinan Recep Tayyip Erdoğan sedang melancarkan serangan terbaru terhadap Parti Demokratik Rakyat (Halkların Demokratik Partisi, HDP), parti politik berhaluan kiri yang merupakan parti ketiga besar dalam Parlimen Turki. Ketua Pendakwaraya di Ankara mengeluarkan waran tangkap pada 25 September 2020 terhadap 82 orang anggota HDP. Ramai orang dalam senarai waran tangkap telah ditahan atas alasan … Teruskan membaca Turki: Rejim Erdogan lancar penangkapan besar-besaran terhadap anggota HDP