Hari Wanita Antarabangsa: Pembebasan wanita dan kesamarataan gender yang belum selesai

Apabila dunia kita semakin maju dari segi pembangunan ekonomi dan kecanggihan teknologi, dengan robot dan kecerdasan buatan (AI) sudah dapat menggantikan manusia untuk melakukan pelbagai perkara, masih wujudnya ketidaksamarataan gender yang ketara, seperti yang ditunjukkan dalam statistik di atas. Walaupun banyak hak wanita telah direalisasikan hasil daripada usaha perjuangan masyarakat yang berterusan, masih terdapat banyaknya penindasan terhadap wanita, keganasan terhadap wanita dan jurang antara gender yang masih besar dalam pelbagai aspek.

(Galeri gambar) Sepintas lalu sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 di seluruh dunia

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun di merata tempat di seluruh dunia untuk mengetengahkan tuntutan-tuntutan masyarakat yang berkaitan dengan kesamarataan gender. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa biasanya disambut dalam pelbagai bentuk aksi seperti perhimpunan awam, perarakan jalanan dan sebagainya. Dunia kita telah terjerumus dalam krisis yang mendalam pada ketika ini, dengan krisis penularan … Continue reading (Galeri gambar) Sepintas lalu sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 di seluruh dunia

PSM berkonvoi sambut Hari Wanita Antarabangsa 2021

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan kempen konvoi kereta pada 7 Mac 2021 bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa, dengan membawa tuntutan-tuntutan berkenaan dengan hak kesamarataan wanita. Oleh sebab negara kita masih dibelenggui penularan wabak COVID-19, PSM telah menggunakan cara alternatif untuk menyambut hari yang penting ini dengan mengadakan konvoi kereta di sekitar Lembah Klang … Continue reading PSM berkonvoi sambut Hari Wanita Antarabangsa 2021

Perjuangan wanita dan pembebasan masyarakat

(Rencana khas Hari Wanita Antarabangsa) Masyarakat manusia dibentuk oleh lelaki, wanita dan golongan minoriti seksual yang lain. Proses kemajuan masyarakat merupakan hasil usaha manusia daripada semua gender, bukannya satu-satu gender sahaja. Walaupun sistem patriarki mendominasi pada kebanyakan masa sepanjang sejarah kewujudan masyarakat kelas di dunia ini, tetapi golongan wanita telah memainkan peranan yang amat penting … Continue reading Perjuangan wanita dan pembebasan masyarakat

(Galeri gambar) Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2020 di seluruh dunia

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun dalam bentuk perayaan, protes, perhimpunan dan perarakan, untuk mengetengahkan isu yang dihadapi oleh wanita dan memperjuangkan kesamarataan gender. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang berasal daripada perjuangan gerakan pekerja wanita untuk menuntut hak mengundi dan kesamarataan hak tanpa mengira gender, telah menjadi satu acara tahunan yang meriah … Continue reading (Galeri gambar) Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2020 di seluruh dunia

Hari Wanita Sedunia: Perlawanan belum selesai!

oleh Hajjar Nurhayyu Zainal Tanggal 8 Mac setiap tahun, merupakan tarikh penting dalam memperingati sejarah perjuangan kaum wanita melawan penindasan serta menuntut hak kesamarataan. Jika ditelusuri sejarah, Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan seluruh dunia hari ini sebenarnya bertitik tolak dari sebuah gerakan beraliran kiri yang diterajui kaum wanita marhaen menentang golongan pemodal (kapitalis) dan pemerintah. Sekitar … Continue reading Hari Wanita Sedunia: Perlawanan belum selesai!