MB Perlis digesa wujudkan skim rumah kos rendah sewa beli bagi penduduk Kampung Seri Kesinai yang diusir

KANGAR, PERLIS – 17 NOVEMBER 2020: Penduduk-penduduk dari Kampung Seri Kesinai, Padang Besar, Perlis, telah menyerahkan satu memorandum pada hari ini kepada Pejabat Menteri Besar Perlis, dengan seruan supaya pihak Kerajaan Negeri Perlis menyelesaikan isu pengusiran paksa yang sedang dihadapi mereka dengan mewujudkan skim perumahan kos rendah sewa beli. Penduduk-penduduk yang sedang menetap di Kampung … Continue reading MB Perlis digesa wujudkan skim rumah kos rendah sewa beli bagi penduduk Kampung Seri Kesinai yang diusir

Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19

Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19 oleh Biro Perumahan dan Peneroka Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selamat Hari Habitat. Tahun ini merupakan satu tahun yang paling mencabar untuk umat manusia keseluruhannya. Serangan wabak COVID-19 ternyata mengubah landskap dunia hari ini. Hampir semua pergerakan manusia dan alam sekitar terjejas tetapi ternyata manusia sangat kerdil berbanding kekuatan … Continue reading Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19

Di mana perumahan PPR dalam Belanjawan 2020?

oleh A. Sivarajan Pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan pada minggu lalu, menimbulkan kerisauan kerana tiada apa jua perancangan ataupun usaha yang dibentangkan menuju ke arah mengurangkan harga rumah yang melambung naik. Kini sudah ada kajian dan pengakuan daripada pelbagai pihak bahawa rumah yang ditawarkan oleh pemaju di pasaran adalah jauh daripada kemampuan rakyat pekerja … Continue reading Di mana perumahan PPR dalam Belanjawan 2020?

Kerajaan bukan jurujual pemaju hartanah

Kerajaan harus sedar bahawa tanggungjawabnya adalah memastikan rakyat mendapat jaminan kehidupan sejahtera, bukannya menjadi jurujual untuk golongan kapitalis yang menjalankan perniagaan yang menggadaikan jaminan kehidupan sejahtera ini. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilaporkan sedang meneliti cadangan menganjurkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk menarik pembeli dari China dan Hong Kong bagi menyelesaikan isu lambakan rumah … Continue reading Kerajaan bukan jurujual pemaju hartanah

Jangan rampas peluang terakhir rakyat berteduh!

oleh Karthiges Rajamanickam Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantah cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menggantikan Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan Program Perumahan Malaysia (PPM) yang berniat untuk melibatkan pemodal swasta dalam menyediakan rumah kepada rakyat marhaen. Petikan daripada laporan akhbar pada 6 September 2019 menyatakan bahawa kaedah perlaksanaan PPM  adalah melalui 'request for … Continue reading Jangan rampas peluang terakhir rakyat berteduh!