KUALA LUMPUR - 20 JULAI 2020: Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan dan dua orang lagi aktivis sosial telah dipanggil untuk dirakamkan keterangan oleh pihak polis pada hari ini di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi. Mereka disiasat polis kerana kehadiran mereka dalam perhimpunan “Hari Hitam Kematian Dalam Tahanan di Malaysia” yang diadakan pada … Continue reading 3 orang aktivis disiasat polis kerana perhimpunan memperingati mangsa kematian dalam tahanan
Satu catatan pengalaman masyarakat pelarian Rohingya
PSM Perak telah diminta untuk membantu dalam mengedarkan bungkusan bantuan makanan kepada masyarakat pelarian di sekitar kawasan negeri Perak. PSM telah menawarkan 87 bungkusan kepada Rohingya Society in Malaysia (RSM) untuk diedarkan dalam kalangan masyarakat Rohingya di Perak. Selepas itu, wakil RSM di Perak, Encik R, telah menceritakan kepada PSM Perak mengenai isu-isu yang dihadapi oleh … Continue reading Satu catatan pengalaman masyarakat pelarian Rohingya
Pelarian perlu rumah untuk duduk sementara, bukan kem tahanan
oleh Letchimi Devi Banyak keluarga dan individu dalam kalangan komuniti pelarian (pencari suaka), terutamanya mereka yang beretnik Rohingya, telah dihalau keluar dari rumah sewa mereka. Dianggarkan lebih daripada 50 keluarga di kawasan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Selangor menghadapi masalah ini atas dua sebab utama, iaitu: (i) tidak mampu membayar sewa rumah selama 3-4 … Continue reading Pelarian perlu rumah untuk duduk sementara, bukan kem tahanan
20 Jun: Hari Pelarian Sedunia – Lindungilah hak pelarian
20 Jun setiap tahun ialah Hari Pelarian Sedunia. Sambutan Hari Pelarian Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang situasi yang dihadapi oleh masyarakat pelarian di seluruh dunia. Hari Pelarian Sedunia disambut setiap tahun selepas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Resolusi 55/76. Resolusi tersebut menetapkan bahawa 20 Jun setiap tahun mulai 2001 akan disambut sebagai … Continue reading 20 Jun: Hari Pelarian Sedunia – Lindungilah hak pelarian
Aktivis Thailand diculik di Kemboja
Wanchalearm Satsaksit, seorang aktivis politik dari Thailand yang tinggal di Kemboja, telah diculik oleh sekumpulan lelaki yang bersenjata pada 4 Jun 2020. Kejadian penculikan Wanchalearm Satsaksit itu berlaku di hadapan pangsapuri yang dihuninya di Phnom Penh, ibu negara Kemboja. Wanchalearm Satsaksit telah diheret ke dalam sebuah kereta hitam, dan tiada berita tentangnya sejak itu. Wanchalearm … Continue reading Aktivis Thailand diculik di Kemboja
PATI – Sasaran kebencian yang tersasar
oleh S. Arutchelvan PATI (Pendatang Tanpa Izin), dalam erti kata yang lain juga dikenali sebagai Pendatang Haram. Bahasa yang lebih lembut ialah “Pekerja Tanpa Dokumen”. Seminggu dua ini, media massa penuh dengan rasa kebencian terhadap pekerja migran dan pelarian. Beberapa insiden menyemarakkan dan mencetuskan kebencian ini. Salah satunya adalah bot yang membawa masyarakat pelarian Rohingya … Continue reading PATI – Sasaran kebencian yang tersasar
Perhimpunan awam: Kita dah maju ke depan kecuali SOP polis
oleh S. Arutchelvan Negara Malaysia telah melangkah jauh dalam isu tentang Perhimpunan Awam dan undang-undang berkaitan dengannya. Namun, yang mengecewakan adalah nampaknya pihak polis masih belum lagi menyesuaikan diri dengan perubahan ini dan membebankan diri mereka dengan kerja-kerja yang tidak diperlukan untuk mengambil keterangan saksi tentang perhimpunan yang diadakan secara aman. Pada hari semalam sahaja … Continue reading Perhimpunan awam: Kita dah maju ke depan kecuali SOP polis
China: Aktivis yang prihatin pada pekerja pembersihan ditangkap
(Kemaskini 23 Disember 2019: Aktivis buruh Xiangzi yang ditangkap pada 17 Disember 2019 telah disahkan dikenakan penahanan administratif, iaitu penahanan tanpa bicara, selama 15 hari mulai 18 Disember 2019 di Pusat Tahanan Yuexiu, atas alasan "mencari gaduh dan memprovokasi kekecohan. Walaupun dianggarkan akan dibebaskan pada 3 Januari 2020, tetapi terdapat pengalaman lampau di mana orang … Continue reading China: Aktivis yang prihatin pada pekerja pembersihan ditangkap
India: Rakyat bantah akta bersifat diskriminasi
oleh Gandipan Nantha Gopan Akta kerakyatan yang berunsur diskriminasi mencetuskan kemarahan rakyat India! Rakyat telah turun ke jalanan dan berprotes menentang satu akta yang berunsur diskriminasi secara tidak langsung terhadap kaum Muslim di India. Satu gelombang protes sedang berlaku di negara India yang disebabkan oleh pengiktirafan sebuah akta yang dikenali sebagai Citizenship (Amendment) Bill (CAB). Selepas beberapa … Continue reading India: Rakyat bantah akta bersifat diskriminasi
Hari Hak Asasi Manusia Sedunia: Jaminan hidup rakyat bermaruah
10 Disember setiap tahun ialah Hari Hak Asasi Manusia Sedunia. Hari ini disambut untuk memperingati penerimaan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat pada 10 Disember 1948 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat merupakan dokumen pertama yang diterima di peringkat global untuk menggariskan hak asasi manusia yang merentasi sempadan negara. Kelahiran Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat … Continue reading Hari Hak Asasi Manusia Sedunia: Jaminan hidup rakyat bermaruah
