Memperingati P. Veerasenan – wira gerakan pekerja Malaya

(Hari ini dalam sejarah) 70 tahun dahulu, pada 3 Mei 1949, P. Veerasenan, seorang tokoh gerakan pekerja yang hebat pada masa itu, telah ditembak mati oleh penjajah British di Jelebu, Negeri Sembilan. Beliau dikatakan baru berusia 22 tahun ketika terkorban dalam tangan penjajah. P. Veerasenan bergiat aktif sebagai penggerak kesatuan sekerja di Malaya pada pertengahan … Continue reading Memperingati P. Veerasenan – wira gerakan pekerja Malaya

Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi

KUALA LUMPUR – 1 MEI 2019: Tiada makna untuk hari cuti pada 1 Mei jika tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia… Suasana jalanan di Kuala Lumpur pada hari ini telah dimeriahkan oleh laungan slogan “hidup pekerja!” dan lagu perjuangan, apabila lebih kurang 500 orang daripada pelbagai latar belakang berarak di pusat bandaraya untuk meraikan Hari … Continue reading Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi

Hari Pekerja Sedunia 1 Mei: Bukan sekadar hari cuti umum

(Rencana khas Hari Pekerja Sedunia 2019) 1 Mei setiap tahun ialah Hari Pekerja Antarabangsa. Di negara kita, Hari Pekerja merupakan hari kelepasan am ataupun cuti umum untuk semua pekerja. Namun, sambutan Hari Pekerja ini bukannya semata-mata satu hari untuk cuti umum ataupun sekadar “menghargai” sumbangan dan pengorbanan pekerja kepada pembangunan negara, malah Hari Pekerja merupakan … Continue reading Hari Pekerja Sedunia 1 Mei: Bukan sekadar hari cuti umum

Afrika Selatan: Parti kiri radikal dilancarkan untuk perjuangkan sosialisme

Sebuah parti berhaluan kiri baru yang berazam untuk membina sosialisme di Afrika Selatan, Parti Pekerja Revolusioner Sosialis (Socialist Revolutionary Workers Party, SRWP), mengadakan kongres pelancarannya pada 4-6 April 2019 di Johannesburg. Lebih 1,000 orang aktivis dan kadre parti dari seluruh negara Afrika Selatan telah hadir dalam kongres yang bersejarah ini. Turut hadir ialah jemputan antarabangsa … Continue reading Afrika Selatan: Parti kiri radikal dilancarkan untuk perjuangkan sosialisme

ILO 100 tahun: Pembela pekerja atau barua kapitalis?

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menyambut ulangtahun ke-100 penubuhannya pada tahun ini. ILO merupakan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bertanggungjawab untuk menetapkan standard perburuhan antarabangsa. ILO boleh dikatakan sebagai institusi global yang paling tua pada masa kini. ILO sekarang ini mempunyai sebanyak 187 negara anggota. 186 daripada 193 negara anggota PBB dan Kepulauan Cook … Continue reading ILO 100 tahun: Pembela pekerja atau barua kapitalis?

Korea Selatan: Pekerja mogok untuk lawan perluasan sistem masa kerja fleksibel

Hampir 130,000 orang ahli Kesatuan Pekerja Logam Korea (KMWU) di 109 buah tempat kerja di Korea Selatan telah menyertai mogok nasional yang dianjurkan oleh Konfederasi Kesatuan Sekerja Korea (Korean Confederation of Trade Unions, KCTU) pada 21 November 2018. Menurut KCTU, seramai 160,000 orang pekerja telah mengambil bahagian dalam aksi mogok yang membantah tindakan kerajaan memperluaskan … Continue reading Korea Selatan: Pekerja mogok untuk lawan perluasan sistem masa kerja fleksibel