Kenyataan PSM bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2021.
Polis harus hentikan segala salah guna kuasa
oleh Biro Gender Parti Sosialis Malaysia (PSM) Parti Sosialis Malaysia (PSM) memandang serius terhadap kejadian baru-baru ini mengenai tindakan anggota polis yang menganggu seorang wanita yang tidak memakai baju dalam dengan menyuruh wanita tersebut membuka baju dan menunjukkan kepadanya semasa sekatan jalanraya dijalankan. PSM menyeru pihak PDRM untuk mengambil berat perkara ini dan mengambil tindakan … Continue reading Polis harus hentikan segala salah guna kuasa
(Testimoni pekerja) Kisah seorang ibu tunggal yang kerja sebagai pengawal keselamatan
Catatan oleh V (V ialah nama samaran kepada seorang pengawal keselamatan sekolah, berumur 46 tahun. Ini ialah catatan tentang kisah benar yang berlaku pada dirinya.) Saya ialah seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. Saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah kerajaan di kawasan Serdang, Selangor. Kerja ini ada dua syif, syif pagi … Continue reading (Testimoni pekerja) Kisah seorang ibu tunggal yang kerja sebagai pengawal keselamatan
MEF digesa sokong ratifikasi Konvensyen ILO 190
PETALING JAYA - 9 MAC 2020: Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac setiap tahun, Gabungan Pembaharuan Undang-undang Buruh (Labour Law Reform Coalition, LLRC) telah menyerahkan satu memorandum kepada Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pada hari ini untuk menggesa pada MEF supaya menyokong usaha meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) No. 190 mengenai … Continue reading MEF digesa sokong ratifikasi Konvensyen ILO 190
Gangguan seksual dan patriarki
oleh Soh Sook Hwa Ia berlaku di perjalanan pergi-balik sekolah. Anda berjalan berseorangan dan tersempak seorang lelaki yang tidak dikenali di lorong yang agak sunyi. Dia kelihatan bersenyum di muka dan tiba-tiba tanggalkan seluarnya. Ia berlaku di dalam bas. Lelaki yang duduk bersebelahan dengan anda "mengimbas" tubuh badan anda dari kepala samapi ke hujung kaki. … Continue reading Gangguan seksual dan patriarki