Kerajaan harus menyediakan mekanisme untuk melupuskan tunggakan bil elektrik dengan menggunakan keuntungan TNB yang dijana tahun lepas yang bernilai RM3.6 bilion.
Gunakan untung TNB untuk bantu keluarga yang hilang pendapatan
Keuntungan TNB patut digunakan untuk membantu keluarga yang hilang pendapatan melebihi setahun dengan melupuskan tunggakan elektrik terkumpul.
Laksanakan moratorium kekal terhadap IPP yang guna bahan api fosil
PSM menyeru pada Kerajaan Persekutuan supaya memperkenalkan moratorium kekal terhadap pengeluar tenaga bebas (IPP) yang berasaskan bahan api fosil untuk memacu Malaysia ke arah 100% Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebelum tahun 2035.
Beralih dari penjanaan kuasa dengan arang batu: Labur RM10 bilion untuk jimat RM150 bilion
oleh Sharan Raj Pada dekad ini (2021-2030), Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengimport arang batu sebanyak 374 juta tan metrik (MMT) bernilai RM150 bilion. Pada tahun 2020, hampir 66% permintaan elektrik di Semenanjung Malaysia yang dijana oleh TNB adalah daripada arang batu yang diimport sepenuhnya. Kebergantungan kepada arang batu import memudaratkan ekonomi, nilai matawang Ringgit, … Continue reading Beralih dari penjanaan kuasa dengan arang batu: Labur RM10 bilion untuk jimat RM150 bilion
Hentikan pembinaan stesen janakuasa elektrik yang bebankan rakyat dan negara
oleh Sharan Raj Pada 19 Februari 2021, Semenanjung Malaysia telah menerima sebuah stesen janakuasa baru di Pasir Gudang, iaitu Southern Power Generation (SPG) dengan kapasiti 1,440MW. Jumlah kapasiti penjanaan di Semenanjung Malaysia kini telah mencapai hampir 26,000MW, tetapi kapasiti permintaan harian tidak melebihi 17,000MW[JC1] . Maka, jumlah kapasiti stesen janakuasa berlebihan yang dikenali sebagai kadar rizab … Continue reading Hentikan pembinaan stesen janakuasa elektrik yang bebankan rakyat dan negara
NEM 3.0 dialu-alukan tetapi kuota solar perlu ditingkatkan
oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengalu-alukan pengumuman Program Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 untuk tahun 2021-2023, dengan tawaran kuota sistem solar bumbung sebanyak 500 Megawatt untuk memperkembangkan tenaga boleh baharu (TBB). Adalah diketahui umum bahawa, PSM sedang menggesa kerajaan untuk mendemokrasikan akses kepada sistem grid eletrik nasional untuk membenarkan TBB boleh dijana … Continue reading NEM 3.0 dialu-alukan tetapi kuota solar perlu ditingkatkan
Fokuskan pemberian rebat elektrik kepada B80
oleh Sharan Raj Pemberian rebat elektrik kepada pengguna domestik rentetan daripada penurunan sementara kos bahan api kerana COVID-19 amat dialu-alukan. Pada pebiasaan, hanya pengguna komersial dan domestik sahaja menerima rebat atau surcaj elektrik berdasarkan kos bahan api. Namun demikian, 82% rumah di Semenanjung Malaysia menggunakan elektrik kurang 600 kWj (<RM231.80) dan rebat seharusnya dikhaskan kepada … Continue reading Fokuskan pemberian rebat elektrik kepada B80