Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluranĀ Telegram PSM.

==========

oleh Sharan Raj

Tindakan kerajaan mengekalkan rebat Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) sebanyak 2 sen/kWj untuk tempoh 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021 amat dialu-alukan. Namun demikian, kerajaan perlu menyediakan mekanisme melupuskan tunggakan bil elektrik untuk keluarga yang telah hilang pendapatan kerana penularan wabak COVID-19.  Beribu-ribu keluarga dengan gaji hari telah hilang pendapatan sejak PKP 1.0, sehingga sedang mengalami keadaan tiada makanan.

Tunggakan bil elektrik untuk sektor domestik (rumah) telah meningkat daripada RM1.39  bilion pada bulan September 2020 kepada RM1.62 bilion pada bulan Mac 2021. Malah, bilangan isi rumah dengan tunggakan melebihi 5 bulan juga sedang meningkat dengan mendadak.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar, diseru untuk menyediakan mekanisme untuk melupuskan tunggakan bil elektrik dengan menggunakan keuntungan TNB yang dijana tahun lepas yang bernilai RM3.6 bilion.

==========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Setiausaha PSM Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *