oleh Sharan Raj

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengalu-alukan pengumuman Program Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 untuk tahun 2021-2023, dengan tawaran kuota sistem solar bumbung sebanyak 500 Megawatt untuk memperkembangkan tenaga boleh baharu (TBB).

Adalah diketahui umum bahawa, PSM sedang menggesa kerajaan untuk mendemokrasikan akses kepada sistem grid eletrik nasional untuk membenarkan TBB boleh dijana di suatu tempat tetapi digunakan di tempat lain oleh entiti yang sama. Ini akan mengerakkan modal swasta untuk membina TBB seperti mini-hidro dan bio-metana untuk penggunaan sendiri. Program NEM NOVA merupakan langkah pertama ke arah membuka akses grid elektrik untuk TBB.

Namun demikian, kuota tenaga solar NEM 3.0 untuk sektor industri, komersial dan pertanian, iaitu 300MW, adalah sangat rendah. Permintaan kuota solar untuk sektor industri, komersial, dan pertanian adalah 442MW untuk tahun ini (2020) sahaja.

Oleh itu, kuota solar untuk sektor industri, komersial, dan pertanian dijangka habis dalam tempoh masa 9 bulan sahaja. Grid elektrik TNB masih ada ruang tambahan untuk pemasangan sistem solar sehingga 1,500MW.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru kerajaan untuk meningkatkan kuota NEM 3.0 bagi solar untuk sektor industri, komersial, dan pertanian, daripada 300MW kepada 1,800MW.

==========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Setiausaha PSM Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *