oleh Chong Yee Shan

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 10 Julai lalu tentang memberi lesen sepenuh kepada Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk buat tangkapan dan tarbiah golongan transgender supaya mereka “kembali ke pangkal jalan”.

Kenyataan oleh Dr Zulkifli tersebut merupakan pemberian “lesen” kepada kebencian terhadap golongan minoriti, terutamanya golongan transgender. Banyak kajian dan laporan menyatakan bahawa golongan transgender telah menerima pelbagai diskriminasi daripada masyarakat di Malaysia. Kenyataan Dr Zulkifli tersebut bukan sahaja menambahkan kebencian, malah juga mungkin menggalakkan pelakuan keganasan terhadap golongan trangender.

Laporan Human Rights Watch “I am Scared to be a Woman” (saya takut jadi perempuan) telah mendokumentasikan pelbagai keganasan yang dialami golongan transgender semasa mereka ditangkap dan ditahan. Dalam laporan ini juga menyatakan bahawa golongan transgender mengalami diskriminasi yang serius semasa mencari kerja.

Selain itu, Dr Zulkifli dan Kerajaan perlu mengambil peduli keperluan golongan minoriti, bukannya menghukum dan memaksa golongan tersebut kembali ke “pangkal jalan”. Kenyataan Dr Zulkifli yang hendak golongan transgender kembali ke “pangkal jalan” merupakan satu kenyataan yang tidak peka kepada keperluan asas golongan transgender.

Justeru, PSM ingin meminta Dr Zulkifli supaya lebih peka dan fokus kepada isu yang paling kritikal yang dihadapi golongan transgender seperti isu kemiskinan, perumahan, pekerjaan, diskriminasi, keganasan dan sebagainya. Mendekati golongan transgender dengan memahami masalah dan keperluan, bukan hukum dan paksa “kembali ke pangkal jalan”.

==========

Chong Yee Shan ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Biro Gender PSM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *