PSM mencadangkan pemilihan seorang Perdana Menteri baru dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen, pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan Interim dan menetapkan tarikh PRU-15, bagi mewujudkan penyelesaian sementara yang stabil dan kukuh demi menangani krisis kesihatan dan ekonomi dalam jangka masa pendek ini.
Ahli parlimen harus gunakan hak untuk debat Belanjawan secara bertanggungjawab dan tanpa kongkongan
oleh Nik Aziz Afiq Pemuda Sosialis merakamkan takzim atas keprihatinan Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) terhadap perkembangan semasa politik negara yang penuh kacau bilau mutakhir ini. Peranan Baginda dalam menjadi simbol penyatuan dan neutral dalam pemerintahan telah membantu negara menghadapi krisis demi krisis saban waktu. Ketika negara mulai bimbang apabila cadangan darurat disebut-sebut … Continue reading Ahli parlimen harus gunakan hak untuk debat Belanjawan secara bertanggungjawab dan tanpa kongkongan
Nik Zawawi perlu mohon maaf, henti campuri urusan agama orang lain
oleh Nik Aziz Afiq Kita sedang berada dalam mood meraikan ulangtahun kemerdekaan negara kita ke-63. Bagi umat Islam, baru sahaja sampai setengah bulan dari awal tahun Hijrah. Dua peristiwa besar yang dikenang setiap tahun ini dicemari baru-baru ini apabila Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Nik Muhammad Zawawi Salleh, menayangkan keangkuhan dengan menghiris hati komuniti Kristian dalam … Continue reading Nik Zawawi perlu mohon maaf, henti campuri urusan agama orang lain
Kerajaan perlu bentang laporan terperinci impak COVID-19 dalam sesi Parlimen bulan Julai 2020
oleh A. Sivarajan Pada ketika kedua-dua gabungan politik Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) sedang bertelagah dalam isu perlantikan Speaker Dewan Rakyat dan siapa yang patut dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika PH berkuasa semula, PSM menggesa Kerajaan supaya memfokus semula pada isu-isu yang menjejaskan rakyat pasca COVID-19 dalam sesi persidangan Parlimen yang akan datang. … Continue reading Kerajaan perlu bentang laporan terperinci impak COVID-19 dalam sesi Parlimen bulan Julai 2020
Kembalikan kewibawaan dan integriti polis: RUU IPCMC akhirnya dibentangkan dalam Parlimen
Setelah penungguan selama 14 tahun pelaksanaan cadangan daripada Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), akhirnya Rang Undang-Undang (RUU) IPCMC dibentangkan dalam Parlimen pada 18 Julai 2019. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Hal Ehwal Parlimen) Liew Vui Keong telah membentangkan RUU … Continue reading Kembalikan kewibawaan dan integriti polis: RUU IPCMC akhirnya dibentangkan dalam Parlimen
Had umur pengundi diturunkan
Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun. Selain itu, RUU yang diluluskan itu juga mengandungi cadangan untuk pendaftaran pengundi secara automatik untuk warganegara yang mencapai umur 18 tahun, dan warganegara yang berumur 18 tahun turut layak bertanding dalam pilihanraya. Kelulusan pindaan … Continue reading Had umur pengundi diturunkan