Kenakan cukai lebih tinggi ke atas golongan terkaya untuk tangani ketidakadilan sosial sedunia

Jika golongan elit masyarakat sedunia yang bersidang dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos benar-benar hendak menyelamatkan dunia daripada kehancuran, maka mereka harus menyerahkan kekayaan dan kekuasaan mereka kepada pekerja-pekerja mereka dan rakyat bawahan sedunia – iaitu kelas masyarakat yang benar-benar mempunyai keupayaan dan keterdesakan untuk menangani cabaran yang sedang dihadapi oleh dunia kita.

“Pandora Papers”: Satu lagi tsunami pembongkaran maklumat yang tidak mengejutkan

Pembongkaran maklumat dalam Pandora Papers menjadi salah satu daripada bukti bertimbunan yang menunjukkan bahawa sistem kapitalis global pada hari ini masih terus membiak golongan parasit yang mengkayakan diri mereka sendiri dengan cara menyembunyikan kekayaan di tempat berlindung cukai selepas mengeksploitasi golongan tenaga kerja dan memiskinkan lagi golongan miskin. Orang kaya memanggil ini sebagai “pengurusan kekayaan” (wealth management), tetapi realitinya ialah perampasan yang berterusan terhadap masyarakat.

Colombia: Aksi protes rakyat tewaskan rancangan percukaian neoliberal

Selepas aksi mogok dan protes besar-besaran selama 5 hari berturut-turut, walaupun berdepan dengan penindasan yang kejam daripada pihak berkuasa, tetapi oleh sebab kegigihan kelas pekerja untuk melawan, akhirnya kuasa rakyat berjaya memaksa Kerajaan Colombia pimpinan Presiden Iván Duque Márquez untuk menarik balik rancangannya yang hendak melaksanakan “pembaharuan” percukaian yang bersifat neoliberal. Ini merupakan satu kemenangan penting untuk rakyat Colombia dalam usaha perjuangan mereka melawan serangan dasar ekonomi neoliberal.

6 syarikat gergasi teknologi global tidak bayar cukai lebih USD100 bilion

6 buah syarikat gergasi di “Lembah Silikon” Amerika Syarikat, iaitu Amazon, Apple, Facebook, Google, Microsoft dan Netflix, yang juga dikenali sebagai “Silicon Six” telah mengelak diri daripada membayar lebih USD 100 bilion dalam cukai global untuk dekad ini! Pendedahan ini dibuat dalam satuanalisis yang diterbitkan baru-baru ini oleh Fair Tax Mark, satu kumpulan yang beribupejabat di … Continue reading 6 syarikat gergasi teknologi global tidak bayar cukai lebih USD100 bilion

Belanjawan 2020: Isu-isu rakyat masih menjadi kebimbangan serius

oleh Dr Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan untuk Belanjawan 2020 yang pada keseluruhannya nampak agak bertanggungjawab dalam mengendalikan kewangan Kerajaan, dengan kekangan yang sedia ada. Dapat diperhatikan bahawa perbelanjaan sosial ke atas Pendidikan, Kesihatan, Perumahan, program Bantuan Sara Hidup (BSH) dan juga program-program mensasarkan petani-petani dan nelayan-nelayan telah dikekalkan. … Continue reading Belanjawan 2020: Isu-isu rakyat masih menjadi kebimbangan serius

Belanjawan 2020: Syor PSM kepada Kerajaan PH

Keluarga-keluarga B20 kita sedang hidup dalam kesengsaraan di negara yang kaya ini walaupun Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK ataupun GDP) telah meningkat dengan pesatnya dalam 50 tahun yang lalu. Pada tahun 1970, KDNK Malaysia ialah RM10.3 bilion sahaja. Tahun lalu, ia telah mencecah RM1400 bilion (1.4 trilion), satu peningkatan yang mengkagumkan (135 kali ganda!). Tetapi … Continue reading Belanjawan 2020: Syor PSM kepada Kerajaan PH

Belanjawan Persekutuan: Kita perlu fikir di luar kotak

oleh Jeyakumar Devaraj Kebanyakan perbincangan berkenaan dengan pembangunan perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah dalam kerangka yang menerima peningkatan dari 3% ke 6% dalam peruntukan Belanjawan Kesihatan setiap tahun sebagai norma untuk masa hadapan yang boleh dijangka. Para perancang dalam Kementerian Kesihatan dan juga ramai aktivis masyarakat sivil bersetuju bahawa adalah tidak munasabah untuk meminta peruntukan … Continue reading Belanjawan Persekutuan: Kita perlu fikir di luar kotak