Trump jadikan WHO kambing hitam untuk kegagalannya menangani COVID-19

Pada ketika dunia sedang dilanda pandemik, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pada 14 April 2020 bahawa Kerajaan AS memutuskan untuk menghentikan sumbangan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pengumuman ini dibuat pada ketika angka kematian seluruh dunia yang disebabkan oleh wabak COVID-19 telah mencecah 130,000 orang, dan negara AS sendiri merupakan negara yang … Continue reading Trump jadikan WHO kambing hitam untuk kegagalannya menangani COVID-19

Impak COVID-19 kepada perumahan rakyat – Adakah harga rumah akan jatuh?

oleh Karthiges Rajamanickam Beberapa hari yang lalu, akhbar The Star melaporkan bahawa harga rumah atau hartanah akan jatuh selepas pandemik COVID-19 ini dan mereka yang ingin membeli akan untung. Perspektif daripada pemaju ini juga menjangkakan lebih ramai pemilik hartanah akan menjual dengan harga murah dan memberi impak positif kepada pembeli baru. Persoalan yang wujud di sini adalah, adakah harga rumah sebelum pandemik … Continue reading Impak COVID-19 kepada perumahan rakyat – Adakah harga rumah akan jatuh?

Hentikan sekatan ekonomi, selamatkan nyawa!

Sekatan ekonomi yang dikenakan oleh kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) ke atas negara-negara yang tidak sehaluan dengannya sedang mengganggu usaha negara-negara tersebut dalam menghadapi ancaman pandemik COVID-19. “Pengenaan sekatan ekonomi melumpuhkan yang berterusan menjejaskan secara teruk hak asasi rakyat biasa untuk mendapatkan makanan yang mencukupi,” begitu katanya Hilal Elver, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak … Continue reading Hentikan sekatan ekonomi, selamatkan nyawa!

Diskriminasi terhadap pekerja migran di Masjid India akan bawa bencana kepada semua

oleh Soh Sook Hwa Apabila kita menyaksikan negara Kuba menghantar pasukan perubatan ke Eropah untuk membantu dalam memerangi pandemik COVID-19, Kerajaan Malaysia menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan kepada dunia dengan enggan memberikan sumbangan makanan kepada pekerja migran di Selangor Mansion dan Malayan Mansion. Kedua-dua bangunan yang terletak di Kuala Lumpur ini telah diwartakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan … Continue reading Diskriminasi terhadap pekerja migran di Masjid India akan bawa bencana kepada semua

Langkah Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi: Bagus tapi kita perlukan “New Deal”

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) menghargai bahawa Langkah Tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) telah memberi perhatian kepada sebahagian kritikan terhadap Pakej PRIHATIN yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Mac 2020. Banyak rungutan daripada sektor perniagaan yang mengkritik bahawa Pakej PRIHATIN yang diumumkan pada 27 Mac 2020 itu tidak … Continue reading Langkah Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi: Bagus tapi kita perlukan “New Deal”

Catatan COVID-19: Bagaimana nasib pekerja asing?

oleh Nik Aziz Afiq Pada 3 April lalu, saya dan rakan-rakan sekolah lama saya di Semenyih berpeluang menyertai sebuah misi bantuan kemanusiaan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan. Sedikit kelainan dalam misi ini ialah ia bukan menyasarkan warga tempatan, sebaliknya para pekerja dan mahasiswa warga Indonesia. Mungkin ada yang tertanya apa perlunya dibantu warga … Continue reading Catatan COVID-19: Bagaimana nasib pekerja asing?

Pelanggaran PKP: Rakyat biasa dikenakan tindakan tegas, majikan dibiarkan saja?

oleh Sivaranjani Manickam Ketika rakyat biasa yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan tindakan tegas, sehingga ditahan, diheret ke mahkamah dan dipenjarakan, kenapa pula pihak majikan dibenarkan untuk terus melanggar arahan PKP dan menganiayai pekerja? Sepanjang 15 hari yang lalu ini, Parti Sosialis Malaysia (PSM) sedang membantu pekerja-pekerja di Malaysia dengan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan mereka melalui talian hotline kami.  Lebih 250 panggilan telah … Continue reading Pelanggaran PKP: Rakyat biasa dikenakan tindakan tegas, majikan dibiarkan saja?

AS masih mahu ancam Venezuela pada ketika pandemik global

Walaupun negara Amerika Syarikat (AS) merupakan negara yang paling teruk dilanda wabak COVID-19, dengan jumlah kes positif jangkitan COVID-19 telah mencecah lebih 300 ribu orang, menjadikannya negara dengan paling banyak kes COVID-19 yang disahkan, tetapi kerajaan AS di bawah pimpinan Donald Trump masih meneruskan sikap pembulinya terhadap negara-negara yang tidak sehaluan dengan kepentingan imperialis AS. … Continue reading AS masih mahu ancam Venezuela pada ketika pandemik global

Soalan Lazim (FAQ) mengenai isu pekerjaan dan perburuhan tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan

Berikut ialah jawapan kepada soalan-soalan lazim (FAQ) yang diterbitkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada 31 Mac 2020, berkenaan dengan isu pekerjaan dan perburuhan yang berkaitan dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh dari 1 April 2020 hingga 14 April 2020: 1. Adakah majikan perlu membayar gaji semasa tempoh lanjutan 14 hari Perintah Kawalan … Continue reading Soalan Lazim (FAQ) mengenai isu pekerjaan dan perburuhan tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan

COVID-19: Perlu bebas dari cengkaman paten syarikat ubat gergasi 

oleh Sivarajan Arumugam Ketika dunia sedang melawan pandemik COVID-19 secara berani, kita perlu membuat penilaian ke atas industri farmaseutikal, sama ada ia memainkan peranannya secara berkesan dalam melindungi kita daripada penyakit sebegini. Malangnya, industri menjana bertrilion dollar seluruh dunia ini tidak begitu benar-benar melabur dalam inovasi untuk menghasilkan ubat baru dalam beberapa dekad yang lalu. … Continue reading COVID-19: Perlu bebas dari cengkaman paten syarikat ubat gergasi