20200223 - coronavirus-2

Berikut ialah jawapan kepada soalan-soalan lazim (FAQ) yang diterbitkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada 31 Mac 2020, berkenaan dengan isu pekerjaan dan perburuhan yang berkaitan dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh dari 1 April 2020 hingga 14 April 2020:

1. Adakah majikan perlu membayar gaji semasa tempoh lanjutan 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 1 April 2020 sehingga 14 April 2020?

Ya, gaji pekerja beserta elaun tetap yang berkaitan hendaklah dibayar, melainkan elaun itu berkaitan dengan kehadiran/perjalanan (yang tidak dilakukan dalam tempoh tersebut).

2. Bolehkah majikan mengarahkan pekerja untuk mengambil cuti tahunan atau menolak cuti tahunan tersebut bagi tempoh 1 April 2020 hingga 14 April 2020 atau dalam mana- mana hari tempoh tersebut?

Majikan TIDAK BOLEH memaksa pekerja mengambil cuti tahunan, kerana cuti tahunan hendaklah diberikan atas kehendak dan permohonan pekerja sendiri.

3. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh majikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Dalam tempoh PKP, majikan dinasihati mengambil tindakan seperti yang berikut:

i. Majikan mesti membayar gaji penuh dan elaun dalam lanjutan tempoh kawalan pergerakan;

ii. Tertakluk kepada persetujuan kedua-dua belah pihak, majikan boleh menawarkan kepada pekerja sama ada:

a) cuti bergaji penuh;
b) cuti separuh gaji; atau
c) cuti tanpa gaji

iii. Jika pemberhentian pekerja terpaksa diambil, majikan boleh merujuk kepada Garis Panduan Pemberhentian Pekerja. Garis Panduan Pemberhentian Pekerja dan laporan pemberhentian (Borang PK) boleh didapati di website JTKSM (www.jtksm.mohr.gov.my).

4. Sekiranya majikan tidak mengambil tindakan seperti di atas, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pekerja?

Tindakan yang boleh diambil oleh pekerja ialah membuat aduan kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran dengan tempat pekerjaan.

5. Bolehkah majikan yang terjejas akibat COVID-19 mengambil tindakan penghematan pekerja atau retrenchment?

Penghematan kerja atau retrenchment merupakan pengurangan pekerja akibat lebihan tenaga kerja. Secara umumnya penghematan pekerja atau retrenchment adalah hak prerogatif majikan. Namun bagi memastikan proses penghematan tersebut dibuat secara adil, terdapat 3 perkara utama yang perlu dipatuhi oleh pihak majikan, iaitu:

i. Alasan perniagaan majikan terjejas akibat COVID-19 hendaklah genuine;

ii. Majikan dikehendaki untuk mengambil langkah- langkah bagi mengelakkan pemberhentian kerja terlebih dahulu seperti mengurangkan waktu kerja, menghadkan atau membekukan pengambilan pekerja baru, menghadkan kerja lebih masa, menghadkan kerja pada hari mingguan atau cuti am, mengurangkan gaji pekerja, melaksanakan pemberhentian bekerja sementara (lay-off); dan

iii. Sekiranya pemberhentian pekerja tidak dapat dielakkan, pekerja-pekerja asing perlu ditamatkan terlebih dahulu. Sekiranya pemberhentian melibatkan pekerja tempatan, prinsip LIFO (last in first out) hendaklah dipatuhi. Walau bagaimanapun prinsip ini boleh diketepikan sekiranya majikan mempunyai justifikasi kukuh. Majikan perlu melaporkan pemberhentian ini kepada Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat 30 hari sebelum tarikh pelaksaan pemberhentian. Majikan boleh mendapatkan Garis Panduan Pemberhentian Pekerja dan laporan pemberhentian (Borang PK) di laman web JTKSM (www.jtksm.mohr.gov.my).

6. Apa perlu dilakukan jika pekerja disyaki atau telah diuji positif dengan COVID-19?

Majikan harus mengarahkan semua pekerja yang bekerja rapat dengan pekerja tersebut tinggal di rumah selama tempoh 14 hari untuk memastikan jangkitan tidak tersebar. Sebelum itu, pekerja diminta mengenal pasti semua individu yang bekerja berdekatan (tiga hingga enam kaki) dengan mereka dalam tempoh 14 hari sebelum disyaki, supaya majikan mempunyai senarai lengkap mereka yang mungkin dijangkiti. Majikan perlu menjaga kerahsiaan tanpa membocorkan maklumat pekerja terbabit. Di samping itu, majikan perlu melaksanakan pembasmian kuman di ruang kerja dan ruang kerja yang terjejas. Sekiranya tempa kerja di dalam bangunan atau kawasan pejabat yang dikongsi, majikan terlibat harus memaklumkan pihak pengurusan bangunan supaya mereka boleh mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya.

7. Bolehkah pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), Pas Penggajian (Pas Ekspatriat) dan MM2 pulang ke negara asal?

Boleh dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Sila hubungi Bilik Gerakan KDN di talian 03- 8886 8110 / 03-8886 8126 untuk maklumat lanjut.

8. Jika ada salah seorang pekerja disahkan positif COVID-19 bolehkah majikan memberikan cuti tanpa gaji kepada semua pekerja?

Majikan boleh memberikan cuti kepada pekerja lain demi untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja lain, yang mana cuti tersebut hendaklah bergaji dan tidak boleh dipotong. Majikan juga tidak boleh memaksa pekerja untuk mengambil cuti tanpa gaji.

9. Apakah yang boleh dilakukan oleh pekerja yang bergaji hari dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jika tidak dibayar gaji?

Sila rujuk kepada FAQ Employment Retention Program (ERP) yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial di talian 1300-22- 8000 atau di laman web www.perkeso.gov.my

10. Jika majikan dalam perkhidmatan tidak perlu (non-essential service) masih menjalankan operasi tanpa pengecualian bertulis daripada Ketua Pengarah Kesihatan KKM, apakah tindakan yang perlu diambil?

Mana-mana orang boleh membuat laporan kepada PDRM / RELA / Jabatan Tenaga Kerja / Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berhampiran.

11. Apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh pekerja sekiranya majikan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Pekerja boleh membuat laporan kepada pihak Polis, RELA atau Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Laporan dan pertanyaan boleh diajukan melalui talian:

i. 03 8889 2359
ii. 03 8890 3404
iii. 03 8886 2409
iv. 03 8886 2352
v. 03 8888 9111

atau emel:

i. jtksm@mohr.gov.my
ii. jtknsabah@mohr.gov.my
iii. jtknsarawak@mohr.gov.my

PENGIRAAN TEMPOH MASA

12. Adakah tempoh PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 [Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan) 2020] akan diambil kira dalam pengiraan tempoh masa 60 hari yang ditetapkan di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967?

Tempoh PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 TIDAK akan diambil kira dalam pengiraan tempoh masa 60 hari yang ditetapkan di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Ketetapan ini dibuat bagi memastikan pekerja-pekerja mematuhi PKP dan memberi peluang kepada pekerja-pekerja yang terlibat untuk memfailkan representasi pembuangan kerja selepas tamatnya tempoh PKP.

13. Adakah tempoh PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 [Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020] akan diambil kira dalam pengiraan tempoh masa di bawah seksyen 9 Akta Perhubungan Perusahaan 1967?

Tempoh PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 TIDAK akan diambil kira dalam pengiraan tempoh masa di bawah seksyen 9 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Ketetapan ini dibuat bagi memastikan pihak-pihak yang terlibat (kesatuan sekerja dan majikan) mematuhi PKP dan memberi peluang kepada pihak-pihak yang berkenaan mengambil tindakan selepas tamatnya tempoh PKP.

Untuk FAQ Kementerian Sumber Manusia sebelum ini berkenaan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, sila baca di sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s