JPKK kesal dengan pengumuman Bajet 2022 yang nampaknya gagal menghargai jasa pekerja barisan hadapan seperti pekerja pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan di hospital dan juga sekolah. Walaupun bekerja dalam ancaman wabak sebagai pekerja lapisan pertama yang terdedah dengan penyakit dan sisa operasi, jasa mereka tidak dihargai, malah keadaan kerja mereka terus terabai seumpama sistem perhambaan moden.
Apakah punca-punca sebenar kemiskinan di Malaysia?
Eksploitasi di tempat kerja, penekanan gaji pada paras yang rendah kerana pembulian oleh MNC gergasi, komodifikasi keperluan asas, dan sekatan yang dikenakan oleh kapitalisme global terhadap keupayaan kerajaan untuk melaksanakan skim perlindungan sosial, merupakan punca kepada kemiskinan rakyat di Malaysia.
Jangan anaktirikan pekerja pembersihan di hospital kerajaan
Kenyataan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) amat kecewa dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang menafikan pengorbanan pekerja pembersihan di hospital kerajaan. Dalam sidang Dewan Rakyat pada 30 … Continue reading Jangan anaktirikan pekerja pembersihan di hospital kerajaan
Haruskah Belanjawan 2021 ditolak?
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat banyak keluhan daripada masyarakat kaum India tentang ketidakadilan yang kononnya wujud dalam Belanjawan Persekutuan 2021. Banyak komen dipapar dalam media sosial yang merungut tentang peruntukan sebanyak RM11.1 bilion untuk pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Bumiputera sedangkan hanya RM100 juta sahaja diberi kepada masyarakat India untuk tujuan yang sama. Ramai mengatakan Belanjawan ini … Continue reading Haruskah Belanjawan 2021 ditolak?
Pengewangan hutang – Jangan biar perkara baharu takutkan anda!
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapatnya lonjakan dalam minat terhadat strategi “pengewangan hutang” (debt monetization) khususnya selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal menyokong pendekatan ini. Terdapatnya suara-suara yang menyokong dan membantahnya. Seorang bergelaran Tan Sri dalam salah satu kumpulan Whatsapp yang saya ada dalamnya menulis, “Mencetak wang adalah tidak bertanggungjawab dan membinasakan. Kita … Continue reading Pengewangan hutang – Jangan biar perkara baharu takutkan anda!
Wira, wirawati dan frontliner yang dilupakan dalam Belanjawan 2021
Kenyataan bersama oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) tidak bersetuju dengan Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Parlimen oleh Kerajaan Persekutuan pada 6 November 2020, kerana Belanjawan … Continue reading Wira, wirawati dan frontliner yang dilupakan dalam Belanjawan 2021
Di mana Perumahan Rakyat dalam Belanjawan 2021?
Walaupun Belanjawan Persekutuan 2021 menyatakan bahawa akan memberi perhatian kepada pemilikan rumah untuk golongan B40, tetapi ia hanya berupa retorik dan gagal menangani masalah asas perumahan yang dihadapi oleh golongan rakyat pekerja B40.
Bilakah kebergantungan penuh terhadap pasaran bebas akan berakhir?
oleh Gandipan Nantha Gopalan Terlebih dahulu, Pemuda Sosialis ingin merakamkan terima kasih kepada ahli-ahli politik yang lebih berbincang mengenai keberkesanan polisi terhadap rakyat dan kurang ‘taksub’ mengenai defisit perbelanjaan. Inilah masanya untuk kita memahami bahawa sesebuah kerajaan yang mempunyai sistem kewangan yang berdaulat seperti Malaysia tidak mempunyai kekangan untuk berbelanja melebihi hasil selain daripada inflasi. … Continue reading Bilakah kebergantungan penuh terhadap pasaran bebas akan berakhir?
Kenapa kacau simpanan hari tua pekerja?
Semasa membentangkan Belanjawan 2021 yang bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” pada 6 November 2020, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, “… yang saya pasti dinanti-nantikan, Kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan. Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang … Continue reading Kenapa kacau simpanan hari tua pekerja?
Terlepas pandang pada masalah yang lebih besar – Pandangan sepintas lalu Belanjawan 2021
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat beberapa aspek dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yang tidak menyenangkan untuk saya. Yang pertama adalah, isteri saya dan saya akan menerima bayaran sekali gus (one-off) RM300 masing-masing kerana kami ialah pesara kerajaan. Adakah kerajaan mempunyai lebihan dana yang begitu besar sehingga ia boleh memberi … Continue reading Terlepas pandang pada masalah yang lebih besar – Pandangan sepintas lalu Belanjawan 2021