Vaksinasikan pekerja daripada ancaman virus kapitalis yang zalim dengan solidariti rakyat, demokrasi dan perlindungan sosial (Kenyataan Bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara untuk Hari Pekerja Sedunia 2021)

Kenyataan bersama ini merupakan inisiatif kumpulan-kumpulan Kiri Asia Tenggara, dan disokong oleh organisasi dari dalam dan luar rantau Asia Tenggara. Hari Pekerja Antarabangsa mengingatkan kita mengenai perjuangan kelas pekerja yang belum selesai dan sedang berlaku untuk sebuah dunia yang lebih baik, sebuah dunia di mana seluruh rakyat hidup dalam persekitaran yang bebas, samarata, adil, demokratik, sihat, selamat dan lestari. Usaha sebegini tidak dapat dicapai tanpa solidariti, organisasi dan mobilisasi rakyat pekerja dari bawah secara berterusan untuk memperjuangkan perubahan sosial yang sebenar.

Myanmar: Rejim tentera mengganas, rakyat tetap berjuang

(foto: Reuters) 28 Februari 2021 merupakan hari yang paling berdarah di Myanmar selepas berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera pada empat minggu sebelum ini. Menurut maklumat yang diterima oleh Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, seramai 18 orang mati dan ramai lagi yang cedera pada 28 Februari 2021 akibat daripada tindakan keras yang diambil … Continue reading Myanmar: Rejim tentera mengganas, rakyat tetap berjuang

Parti Kiri Asia Tenggara sokong perjuangan rakyat Myanmar lawan kudeta tentera

(foto: Reuters) Parti-parti Kiri di Asia Tenggara, termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM), Partai Rakyat Pekerja (PRP) dari Indonesia, Partido Lakas ng Masa (PLM) dari Filipina dan Socialist Workers dari Thailand, menyatakan solidariti dan sokongan kepada perjuangan rakyat Myanmar yang sedang melawan kudeta tentera untuk menegakkan demokrasi. Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 23 Februari 2021, … Continue reading Parti Kiri Asia Tenggara sokong perjuangan rakyat Myanmar lawan kudeta tentera