India: Samseng pelampau kanan mengganas di Delhi

Pertemuan antara dua orang pemimpin negara yang berhaluan kanan di dunia, telah “dimeriahkan” dengan keganasan samseng pelampau kanan yang mendukung ideologi yang dibawa oleh pemimpin berhaluan kanan tersebut. Ketika Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengadakan lawatannya ke negara India, kumpulan samseng yang berkaitan dengan Parti Bharatiya Janata (BJP), iaitu parti pemerintah di India yang dipimpin … Continue reading India: Samseng pelampau kanan mengganas di Delhi

India: 250 juta pekerja mogok cabar kekuasaan Modi

250 juta orang hampir bersamaan dengan 8 kali ganda jumlah penduduk di Malaysia. Pada 8 Januari 2020, jumlah orang sebesar 8 Malaysia bermogok di India. India menyaksikan aksi mogok yang terbesar dalam dua dekad kebelakangan ini pada 8 Januari 2020 dengan penyertaan lebih kurang 250 juta orang, untuk menyatakan bantahan kelas pekerja terhadap dasar Kerajaan … Continue reading India: 250 juta pekerja mogok cabar kekuasaan Modi

India: Pelajar JNU tidak tunduk pada keganasan pelampau kanan

Sekumpulan samseng telah melakukan serangan di dalam kampus Universiti Jawaharlal Nehru (JNU) di New Delhi, India, pada 5 Januari 2019, dengan memukul dan mencederakan ramai pelajar dan kakitangan universiti di situ. Antara yang dicederakan ialah Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Jawaharlal Nehru (JNUSU) Aishe Ghosh dan Setiausaha Agung JNUSU Satish Chandra. Aishe Ghosh yang diserang telah … Continue reading India: Pelajar JNU tidak tunduk pada keganasan pelampau kanan

India: Rakyat mobilisasi untuk lawan akta yang bersifat diskriminasi

Rakyat India yang menentang Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) yang bersifat diskriminasi telah turun ke jalanan dalam jumlah yang besar pada 19 Disember 2019 di bandar-bandar seluruh India, termasuk Delhi, Mumbai, Bengaluru, Kolkata Chennai, Lucknow, Chandigarh, Patna, Thiruvananthapuram, Ahmedabad, Hyderabad dan banyak lagi. Golongan progresif dan parti-parti berhaluan kiri telah bermobilisasi untuk menentang CAA. Pihak polis … Continue reading India: Rakyat mobilisasi untuk lawan akta yang bersifat diskriminasi

India: “Belantan kau hanya boleh patahkan tulang kami, bukannya semangat penentangan kami!”

Pelajar-pelajar di seluruh negara India bangkit bersama dalam protes membantah kezaliman polis. Pada 15 Disember 2019, polis India menyerang dua buah institusi pengajian tinggi di negara itu, iaitu Universiti Jamia Millia Islamia (JMI) di New Delhi dan Universiti Aligarh Muslim (AMU) di Uttar Pradesh, di mana pelajar-pelajar di situ sedang berprotes membantah kelulusan Rang Undang-undang … Continue reading India: “Belantan kau hanya boleh patahkan tulang kami, bukannya semangat penentangan kami!”

India: Rakyat bantah akta bersifat diskriminasi

oleh Gandipan Nantha Gopan Akta kerakyatan yang berunsur diskriminasi mencetuskan kemarahan rakyat India! Rakyat telah turun ke jalanan dan berprotes menentang satu akta yang berunsur diskriminasi secara tidak langsung terhadap kaum Muslim di India. Satu gelombang protes sedang berlaku di negara India yang disebabkan oleh pengiktirafan sebuah akta yang dikenali sebagai Citizenship (Amendment) Bill (CAB). Selepas beberapa … Continue reading India: Rakyat bantah akta bersifat diskriminasi

Pakistan: Pelajar beraksi untuk kebebasan berkesatuan

Pelajar-pelajar Pakistan telah mengadakan aksi protes di 50 buah bandar di seluruh negara itu pada 29 November 2019, untuk menuntut pemulihan kesatuan pelajar di kampus-kampus institusi pengajian tinggi. Aksi massa hebat yang dipanggil sebagai “Perarakan Solidariti Pelajar” ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tindakan Pelajar (SAC) yang mewakili kumpulan-kumpulan pelajar berhaluan kiri di Pakistan. Golongan kiri di Pakistan … Continue reading Pakistan: Pelajar beraksi untuk kebebasan berkesatuan

Ada apa dengan krisis Kashmir?

Tindakan Kerajaan India membatalkan status khas negeri Jammu dan Kashmir baru-baru ini, telah mencetuskan krisis terbaru untuk wilayah Kashmir, dan memperhebatkan ketegangan politik di rantau Asia Selatan, di samping penyekatan ruang politik yang serius untuk rakyat Kashmir. Di mana Kashmir? Kashmir ialah wilayah geografi yang paling utara dalam benua kecil India. Kashmir ialah sebuah wilayah … Continue reading Ada apa dengan krisis Kashmir?

Kebangkitan Naxalbari

(Tulisan ini diterbitkan bersempena dengan ulangtahun ke-50 Pemberontakan Petani Naxalbari pada tahun 2017.) Pada bulan Mei 1967, satu pemberontakan bersenjata petani tercetus di sebuah kawasan perkampungan yang bernama Naxalbari, terletak di daerah Darjeeling, negeri Bengal Barat, di bahagian Timur India. Pemberontakan di Naxalbari membuka tirai kepada gerakan perjuangan Maois yang dikenali sebagai Naxalite. Perpecahan CPI … Continue reading Kebangkitan Naxalbari