Rakyat Haiti tidak memerlukan “bantuan kemanusiaan” daripada kuasa asing yang datang bersama dengan tentera yang menduduki negara itu.
Honduras: Xiomara Castro dari parti kiri menang Pilihanraya Presiden
Xiomara Castro daripada parti berhaluan kiri Libre bakal menjadi Presiden wanita yang pertama di Honduras, setelah beliau menang dalam Pilihanraya Presiden di negara itu dengan meraih lebih 52% undi. Kemenangannya menandakan tamatnya pemerintahan berhaluan kanan selama 12 tahun di negara itu yang penuh dengan korupsi dan kezaliman.
Nicaragua: Antara ancaman campurtangan imperialis AS dan pemerintahan Ortega-Murillo yang semakin autoritarian
Walaupun ancaman campurtangan daripada kuasa imperialis AS terhadap politik Nicaragua itu harus dikecam, tetapi ini tidak bermakna Kerajaan Nicaragua yang dipimpin oleh Ortega sekarang ini tidak mempunyai apa-apa masalah.
Guatemala: Protes rakyat tuntut perletakan jawatan Presiden Giammattei
Ribuan rakyat Guatemala telah berdemonstrasi sejak 29 Julai 2021 di tempat-tempat yang berlainan di negara itu untuk menuntut perletakan jawatan Alejandro Giammattei sebagai Presiden Guatemala.
Negara pengganas nombor satu dunia kata negara yang paling banyak beri bantuan perubatan antarabangsa itu penaja keganasan
Sebuah negara dengan kuasa tentera yang terbesar di dunia dan sering melakukan campurtangan ketenteraan ke atas negara-negara lain, termasuk melakukan pembunuhan terancang yang bersifat keganasan (seperti pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani dari Iran di bumi Iraq pada 3 Januari 2020 dalam satu serangan udara); sebuah lagi negara yang merupakan negara kepulauan yang menghadapi sekatan ekonomi selama … Continue reading Negara pengganas nombor satu dunia kata negara yang paling banyak beri bantuan perubatan antarabangsa itu penaja keganasan
Costa Rica: Protes massa paksa kerajaan hentikan rundingan dengan IMF
(foto: Ezequiel Becerra / AFP) Pemberontakan massa yang serupa dengan gerakan “Jaket Kuning” Perancis tercetus di Costa Rica untuk menentang rancangan kerajaan pimpinan Carlos Alvarado yang hendak memperkenalkan kenaikan cukai yang membebankan rakyat biasa, memotong perbelanjaan perkhidmatan awam dan melaksanakan penswastaan. Aksi protes massa yang berterusan ini telah mengubah dinamik politik di negara yang pernah … Continue reading Costa Rica: Protes massa paksa kerajaan hentikan rundingan dengan IMF