Imbas kembali beberapa peristiwa perjuangan rakyat yang penting di peringkat antarabangsa sepanjang tahun 2021.
Pemimpin dunia digesa jangan gagal lagi dalam tangani krisis iklim
100,000 orang berprotes di Glasgow pada 6 November 2021, di samping ratusan aksi di seluruh dunia, untuk menyatakan kemarahan rakyat terhadap kegagalan pemimpin-pemimpin dunia dalam menangani masalah krisis iklim secara berkesan.
Korea Selatan: Mogok umum tuntut perlindungan hak pekerja dan penglibatan pekerja dalam proses penstrukturan semula ekonomi
Pekerja-pekerja Korea Selatan beraksi untuk membantah serangan terhadap kesatuan sekerja dan menuntut perlindungan hak pekerja.
Itali: Kesatuan pekerja kecam serangan fasis
Puluhan ribu orang berdemonstrasi di pusat bandar Rom, Itali, pada 16 Oktober 2021, untuk bersolidariti dengan kesatuan sekerja di negara itu yang diserang oleh golongan fasis yang anti-vaksin.
Pekerja pembersihan Hospital Tanjung Rambutan berpiket: Hentikan penindasan terhadap frontliner
Pekerja-pekerja pembersihan di Hospital Bahagia Ulu Kinta berpiket, dengan tuntutan kenaikan gaji yang adil untuk semua pekerja, peningkatan semula cuti umum kepada 15 hari setahun, pengembalian faedah perubatan kepada RM1,000, pembekalan pakaian seragam yang mencukupi, elaun tambahan untuk kerja di wad COVID-19, elaun-elaun lain dan layanan yang samarata daripada pihak pengurusan.
Guatemala: Protes rakyat tuntut perletakan jawatan Presiden Giammattei
Ribuan rakyat Guatemala telah berdemonstrasi sejak 29 Julai 2021 di tempat-tempat yang berlainan di negara itu untuk menuntut perletakan jawatan Alejandro Giammattei sebagai Presiden Guatemala.
Sekretariat Solidariti Rakyat terus #Lawan: Aksi #KeluarDanLawan bukan pengakhiran
Sekretariat Solidariti Rakyat berkata, “Kami mengingatkan Muhyiddin Yassin serta seluruh kabinet untuk segera berundur dan meletakkan jawatan. Ini bukan pengakhiran kepada tuntutan anak muda. Kita tidak akan sesekali berundur. Sekiranya hari ini kita tidak melawan, kita akan ditindas lagi dan lagi!”
Rakyat turun aksi #KeluarDanLawan gesa Muhyiddin letak jawatan
Ratusan orang, khususnya anak-anak muda, turun ke jalanan di ibu negara pada hari ini dalam aksi #KeluarDanLawan untuk menyatakan bantahan terhadap Kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin yang gagal menangani krisis mendalam pada masa kini.
Doktor kontrak berprotes tuntut jaminan kerja
Doktor-doktor kontrak mengadakan aksi protes serentak di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara untuk menuntut jaminan kerja.
Protes anti-G8 di Genoa 2001: Perjuangan anti-kapitalis masih berterusan
20 tahun selepas protes anti-G8 di Genoa, perjuangan untuk alternatif kepada kapitalisme masih berterusan…