Adalah jelas bahawa PRN Johor kali ini merupakan pertandingan antara tiga gabungan parti utama, iaitu BN, PH dan PN. Namun, oleh sebab sistem pengundian FPTP, BN muncul sebagai pemenang besar kerana undi yang menolak BN telah berpecah antara PH dan PN serta parti-parti kecil yang lain.
