Walaupun sudah memerintah untuk 14 tahun di Selangor, amat menghairankan bahawa MB Selangor tidak boleh mengubah keputusan kerajaan BN.
Walaupun sudah memerintah untuk 14 tahun di Selangor, amat menghairankan bahawa MB Selangor tidak boleh mengubah keputusan kerajaan BN.
Negara Kuba telah meluluskan Kanun Keluarga yang boleh dikatakan paling progresif di dunia pada masa kini selepas hampir 67% warga Kuba yang mengundi dalam referendum menyokong undang-undang baharu ini. Kanun Keluarga Kuba yang baharu ini telah memperluaskan hak wanita, kanak-kanak, warga emas, orang kelainan upaya dan minoriti seksual di sisi undang-undang, di samping menakrif semula makna sebuah keluarga dengan memberi penekanan kepada kasih sayang, maruah manusia dan tanpa diskriminasi.
Laungan slogan “Zan, Zendegi, Azadi!” (bermaksud “Wanita, Hidup, Kebebasan!” dalam Bahasa Parsi) menggegarkan jalanan negara Iran dalam gelombang protes besar-besaran yang tercetus berikutan kematian Mahsa Amini di bawah tahanan pihak berkuasa negara itu.
Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) membantah tindakan majikan Ladang Windsor yang melakukan pengusiran paksa melalui tindakan mahkamah terhadap tiga orang pekerja ladang yang menuntut Skim Perumahan Ladang.
Kesatuan Pekerja-pekerja Perusahaan Lektrik (EIWU) berpiket di hadapan kilang GS Yuasa Battery untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan pihak majikan membawa masuk peguam ke dalam rundingan perjanjian bersama (CA) yang menjejaskan keharmonian industri.
Keputusan melonggarkan peraturan pemakaian pelitup muka di tempat awam meninggikan risiko semua orang dijangkiti COVID-19, lebih-lebih lagi orang kurang upaya, orang dengan sistem keimunan yang terkompromi, warga emas, dan orang yang mempunyai kondisi sedia ada.
JPKK dan PSM membawa kepada perhatian PERKESO mengenai kelemahan yang wujud dalam Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sehingga menyebabkan pekerja-pekerja kontrak yang berpendapatan rendah dan kekurangan jaminan kerja tidak dilindungi.
Buku yang mengisahkan riwayat hidup seorang anak muda yang sanggup mengorbankan nyawanya demi memperjuangkan nasib kelas pekerja ini, bukan sahaja untuk kita memperingati pengorbanan Chun Tae-il yang amat murni dan mengharukan, malah memberi inspirasi dan semangat kepada sesiapa yang bertekad untuk menegakkan hak pekerja supaya terus mara ke hadapan dalam perjuangan pembebasan masyarakat.
Pekerja-pekerja ladang dari 5 buah ladang menggesa kerajaan supaya memasukkan peruntukan untuk membina rumah bagi mereka ke dalam Bajet 2023, demi menamatkan penantian mereka selama 24 tahun.
Penduduk-penduduk B40 dari Cameron Highlands menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya jangan menangguh lagi pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di situ.