SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – 8 NOVEMBER 2022: S. Tinagara @ Cikgu Tina, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk kawasan Parlimen P131 Rembau, mengisytihar hartanya kepada pengetahuan umum dan melafazkan ikrar anti-rasisme dalam satu sidang media khas pada hari ini.

Sidang media khas pengisytiharan harta calon PSM untuk kawasan Parlimen Rembau diadakan di rumah kediaman Cikgu Tina sendiri di Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut.

Turut hadir bersama dalam sidang media hari ini ialah S. Arutchelvan selaku Timbalan Pengerusi Nasional PSM dan Nik Aziz Afiq yang merupakan mantan Ketua Pemuda Sosialis PSM.

“PSM ialah parti politik yang pertama di mana semua calon pilihanrayanya melakukan pengisytiharan harta, iaitu sejak tahun 1999. Sekarang parti-parti lain turut melakukan sedemikian. Ini sesuatu yang dialu-alukan.” kata Arutchelvan. “PSM ialah sebuah parti yang paling transparen. Inilah sebabnya kami membuat pengisytiharan harta di rumah calon sendiri, bukannya di hotel atau tempat lain.”

“Selain itu, calon PSM juga akan melafazkan ikrar anti-rasisme. Calon kami tidak akan mempergunakan sentimen perkauman untuk meraih undi,” tambah Arutchelvan. “Seseorang calon itu dipilih seharusnya atas kewibawaannya dan kejujurannya, bukan berasaskan kaum dan agama. Hanya dengan ini negara kita baru dapat maju.”

Seorang lagi calon PSM dalam PRU-15, Bawani KS yang bertanding di kawasan DUN Ayer Kuning di Perak, telah mengisytihar hartanya semalam.

Berikut ialah ringkasan maklumat harta yang diberikan oleh Cikgu Tina dalam pengisytiharan hartanya:

  • Cikgu Tina sudah berumahtangga dengan seorang isteri dan 3 orang anak.
  • Cikgu Tina bekerja sebagai penasihat kepada syarikat SP Nadarajah Enterprise (pembersihan dan pelandskapan).
  • Cikgu Tina dan isterinya secara bersama mengendalikan sebuah pusat tuisyen yang dimiliki oleh isterinya.
  • Anggaran jumlah nilai aset bersih Cikgu Tina pada 7 November 2022 ialah RM707,000.

Surat akuan pengisytiharan harta dengan senarai harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan Cikgu Tina boleh dimuat turun di sini:

One thought on “Cikgu Tina isytihar harta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *