JPKK dan PSM membawa kepada perhatian PERKESO mengenai kelemahan yang wujud dalam Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sehingga menyebabkan pekerja-pekerja kontrak yang berpendapatan rendah dan kekurangan jaminan kerja tidak dilindungi.
JPKK dan PSM membawa kepada perhatian PERKESO mengenai kelemahan yang wujud dalam Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sehingga menyebabkan pekerja-pekerja kontrak yang berpendapatan rendah dan kekurangan jaminan kerja tidak dilindungi.
Buku yang mengisahkan riwayat hidup seorang anak muda yang sanggup mengorbankan nyawanya demi memperjuangkan nasib kelas pekerja ini, bukan sahaja untuk kita memperingati pengorbanan Chun Tae-il yang amat murni dan mengharukan, malah memberi inspirasi dan semangat kepada sesiapa yang bertekad untuk menegakkan hak pekerja supaya terus mara ke hadapan dalam perjuangan pembebasan masyarakat.
Pekerja-pekerja ladang dari 5 buah ladang menggesa kerajaan supaya memasukkan peruntukan untuk membina rumah bagi mereka ke dalam Bajet 2023, demi menamatkan penantian mereka selama 24 tahun.
Penduduk-penduduk B40 dari Cameron Highlands menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya jangan menangguh lagi pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di situ.
Negara-negara di Selatan Global yang kurang membangun dari segi ekonomi berbanding negara-negara maju di Utara Global (kerana proses penjajahan kuasa imperialis sebelum ini) sering kali menjadi mangsa kepada krisis iklim yang semakin menjadi-jadi. Ini merupakan manifestasi “imperialisme iklim” dalam abad ke-21.
Demi kesejahteraan rakyat Malaysia, isu krisis iklim perlu ditangani segera dan dijadikan agenda yang penting dalam polisi negara.
Najib Razak mencipta “sejarah” dengan menjadi bekas Perdana Menteri yang pertama di negara kita yang dimasukkan ke dalam penjara atas pertuduhan rasuah selepas dia gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan.
Pergolakan rentas Selat Taiwan yang terbaru ini mengedepankan semula Persoalan Taiwan di mata dunia. Walaupun Taiwan sebuah negara yang merdeka secara de facto, tetapi Kerajaan China sentiasa mendakwa bahawa negara pulau itu ialah sebahagian daripada wilayahnya. Sementara itu, negara AS yang pernah menempatkan tentera di Taiwan dahulu telah mengambil pendirian yang kabur dalam Persoalan Taiwan untuk beberapa dekad kebelakangan ini untuk percaturan geostrategiknya. Namun, dengan persaingan kuasa geopolitik antara AS dan China semakin meningkat dalam beberapa tahun yang kebelakangan ini, Persoalan Taiwan telah dijadikan sebagai pertaruhan.
Pemuda Sosialis bukan sahaja menuntut KPT supaya menggugurkan garis panduan yang membataskan penglibatan mahasiswa dalam kegiatan politik, malah menuntut pemansuhan AUKU sepenuhnya.
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk mendedahkan senarai nama syarikat yang ingkar dalam pembayaran mengikut kadar gaji minimum RM1,500 sebulan dan menggesa pihak KSM supaya mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat tersebut.