(Komik) Lawan COVID-19: Tanggungjawab kita bersama

Usaha melawan penularan wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) ialah tanggungjjawab kita bersama. Perintah Kawalan Pergerakan telah diisytiharkan di seluruh Malaysia selama dua minggu (18-31 Mac 2020), kerana situasi wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Ini bukan sahaja perjuangan kakitangan perubatan di barisan hadapan untuk mengesan dan merawat mereka yang dijangkiti virus COVID-19, tetapi semua rakyat memainkan … Continue reading (Komik) Lawan COVID-19: Tanggungjawab kita bersama

Perintah Kawalan Pergerakan dan soalan lazim pekerja

1. Bolehkah majikan boleh meminta pekerja untuk mengambil Cuti Tahunan (annual leave) semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan? Tidak boleh. Jika dipaksa, pekerja boleh membuat aduan di JabatanTenaga Kerja (JTK) berdekatan. 2. Bolehkah majikan meminta pekerja untuk mengambil cuti tidak berbayar (unpaid leave) semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan? Majikan tidak boleh mengarahkan pekerja untuk … Continue reading Perintah Kawalan Pergerakan dan soalan lazim pekerja

MKN perlu tindak secara berkesan dan dapatkan nasihat profesional KKM

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Situasi wabak COVID-19 di negara kita sedang berada pada tahap yang kritikal. Perhimpunan keagamaan beramai-ramai yang melibatkan ribuan penganut seperti yang diadakan di Sri Petaling dan Batu Ferringhi tidak patut berlaku pada masa ini. Peningkatan kes yang mendadak sudah bermula kerana perhimpunan tersebut. Oleh kerana itu, Perintah Kawalan Pergerakan yang diisytihar oleh … Continue reading MKN perlu tindak secara berkesan dan dapatkan nasihat profesional KKM

Perintahan Kawalan Pergerakan untuk bendung wabak COVID-19

Dengan penularan wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) yang semakin serius di negara kita, Kerajaan Malaysia mengisytihar pada 16 Mac 2020 untuk pelaksanaan Perintahan Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Perintahan Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa di seluruh Malaysia ini bertujuan untuk meminimumkan pergerakan rakyat dari satu tempat ke satu tempat yang … Continue reading Perintahan Kawalan Pergerakan untuk bendung wabak COVID-19

Wabak penyakit dan kapitalisme

Tirai kapitalisme dibuka dengan penularan wabak Pada tahun 1545-1548, sejenis wabak penyakit demam berdarah yang dikenali sebagai Cocoliztli merebak di wilayah Sepanyol Baru (Nueva España), iaitu tanah jajahan Empayar Sepanyol pada masa itu di kawasan Mexico hari ini, dianggarkan telah membunuh seramai 5 juta hingga 15 juta orang penduduk masyarakat orang asal tempatan, ataupun bersamaan … Continue reading Wabak penyakit dan kapitalisme

COVID-19 dan cuti tanpa gaji – Jangan mangsakan pekerja

oleh M. Sivaranjani Parti Sosialis Malaysia (PSM) sedar bahawa situasi wabak COVID-19 yang menjadi satu ancaman bencana serius sekarang harus ditangani dengan segera. Ia sedang merebak cepat. Sehingga 16 Mac 2020, sudah lebih 500 orang dikenalpasti telah dijangkiti virus COVID-19 dan perlu menjalani rawatan. Pada masa ini, semua orang harus berganding bahu untuk menjaga kesihatan … Continue reading COVID-19 dan cuti tanpa gaji – Jangan mangsakan pekerja

Potong gaji pihak pengurusan di atas, bukannya pekerja bawahan – Saranan NUFAM kepada syarikat penerbangan

Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) menyuarakan bantahannya terhadap syarikat penerbangan yang mengambil jalan pintas untuk mengurangkan kos dengan mengorbankan kakitangan bawahan dalam syarikat. NUFAM menggesa syarikat-syarikat penerbangan untuk mengamalkan ketelusan dalam pendedahan tentang kerugian mereka dan pendekatan penjimatan kos yang dikatakan bertujuan untuk mengurangkan kesan daripada penularan wabah COVID-19. Seruan daripada NUFAM … Continue reading Potong gaji pihak pengurusan di atas, bukannya pekerja bawahan – Saranan NUFAM kepada syarikat penerbangan

“Keagungan” COVID-19: Perkauman, Polisi & Politik

oleh S. Arutchelvan PSM ingin menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada para jururawat, doktor, pekerja makmal, pekerja pembersihan, pngawal keselamatan dan semua insan lain yang bekerja di dalam sektor kesihatan di seluruh negara atas dedikasi, pengorbanan dan ketabahan anda semua dalam memerangi wabak virus COVID-19. Terima kasih kepada semua. Wabak COVID-19 melanda seluruh dunia tanpa mengira … Continue reading “Keagungan” COVID-19: Perkauman, Polisi & Politik

Pemandu lori menang kes di Mahkamah Buruh Bangi

BANGI, SELANGOR: Pada 12 Mac 2020, Lo Yoon Keong atau lebih dikenali sebagai Ah Keong, menang dalam kes di Mahkamah Buruh Bangi berkenaan isu pembuangan kerja tidak sah terhadapnya oleh pihak majikan. Ini merupakan satu kemenangan kepada seorang pemandu lori yang tidak berpelajaran dan dinafikan jaminan kerja oleh majikannya, Kong Hardware Trading. Ah Keong berjaya mendapat gaji ganti notis dan … Continue reading Pemandu lori menang kes di Mahkamah Buruh Bangi

Pengawal keselamatan dibuli polis bantuan TNB Ipoh

IPOH, PERAK - 13 MAC 2020: Sekumpulan pengawal keselamatan daripada Delta Force Security Services & Consultancy Sdn. Bhd. mengadakan satu aksi protes pada hari ini di hadapan ibupebajat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Ipoh, untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap salahguna kuasa dan pembulian sesuka hati terhadap pengawal keselamatan oleh seorang anggota polis bantuan yang … Continue reading Pengawal keselamatan dibuli polis bantuan TNB Ipoh