Jaringan NGO pelbagai agama gesa kerajaan ambil langkah bersepadu dan menyeluruh untuk tangani isu banjir dan perubahan iklim

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pelbagai agama menyeru pada Kerajaan agar merangka satu pelan jangka Panjang untuk menangani masalah banjir dan krisis perubahan iklim secara bersepadu dan menyeluruh. Seruan ini dibuat dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim (Climate Change Interfaith Network, CCIN) pada 12 Januari 2021. … Continue reading Jaringan NGO pelbagai agama gesa kerajaan ambil langkah bersepadu dan menyeluruh untuk tangani isu banjir dan perubahan iklim

Sebenarnya saya sokong darurat, jika…

oleh S. Arutchelvan Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM kita adalah supaya hospital-hospital swasta itu akan diguna pakai untuk keselesaan rakyat terbanyak dan mengurangkan beban hospital kerajaan. Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud PM adalah ia akan menggunakan darurat untuk memastikan setiap rakyat Malaysia yang tiada pekerjaan akan diberikan upah tetap setiap bulan supaya … Continue reading Sebenarnya saya sokong darurat, jika…

Pekerja pembersihan Hospital Seri Manjung menang kes tuntut OT tidak dibayar

Seorang pekerja pembersihan di Hospital Seri Manjung yang memfailkan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan bayaran kerja lebih masa (OT) sejam setiap hari yang tidak dibayar, telah menang kesnya pada 11 Januari 2021 di Mahkamah Buruh Sitiawan. Kemenangan kes tuntutan oleh pekerja ini menunjukkan bahawa tindakan majikannya, iaitu syarikat UEMS yang merupakan kontraktor swasta … Continue reading Pekerja pembersihan Hospital Seri Manjung menang kes tuntut OT tidak dibayar

Ruang demokrasi rakyat harus dihormati walaupun isytihar Darurat

oleh A. Sivarajan Kami memahami dan berterima kasih kepada keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ingin melakukan sebaiknya melalui Proklamasi Darurat, dengan hasrat membendung penularan wabak COVID-19. Sebagai rakyat Malaysia yang fahami dan terima seruan Yang di-Pertuan Agong, maka kita bersedia bekerjasama mengikuti langkah-langkah penjagaan demi memerangi penularan wabak COVID-19. Dengan penangguhan sesi … Continue reading Ruang demokrasi rakyat harus dihormati walaupun isytihar Darurat

Proklamasi Darurat: Muhyiddin kekal berkuasa melalui pemerintahan dengan ordinan tanpa perlunya kelulusan Parlimen

Sehari selepas mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 6 buah negeri (negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor dan Sabah) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di 6 buah negeri lagi (iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan) yang berkuatkuasa dari 13 hingga 26 Januari 2021, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin … Continue reading Proklamasi Darurat: Muhyiddin kekal berkuasa melalui pemerintahan dengan ordinan tanpa perlunya kelulusan Parlimen

Langkah-Langkah tambahan diperlukan untuk PKP

oleh Gandipan Nantha Gopalan Pemuda Sosialis mengalu-alukan keputusan kerajaan di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan di 6 negeri setelah bilangan kes mencecah angka 4-digit setiap hari kebelakangan ini. Pemuda Sosialis berpendapat bahawa perlu ada program-program sokongan rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini supaya rakyat tidak dibebankan. 1. Pemuda Sosialis telah lama menyarankan dan menggesa … Continue reading Langkah-Langkah tambahan diperlukan untuk PKP

Situasi COVID-19 di Malaysia membimbangkan

25 Januari 2021 yang akan datang ini menandakan genapnya setahun kes COVID-19 pertama disahkan Malaysia. Sepanjang setahun yang lalu, bukan sahaja negara Malaysia, malah negara-negara di seluruh dunia, telah mengalami impak yang teruk akibat daripada pandemik yang paling hebat pada zaman kita. Setakat ini (8 Januari 2021), jumlah kes jangkitan COVID-19 yang terkumpul di seluruh … Continue reading Situasi COVID-19 di Malaysia membimbangkan

AS: Penyokong Trump serbu bangunan Kapitol

Pada ketika Kongres Amerika Syarikat (AS) mengadakan pengiraan undi badan perwakilan pengundi yang bersifat upacara beristiadat untuk memuktamadkan keputusan Pilihanraya Presiden AS, ribuan penyokong Donald Trump telah berhimpun di Washington DC pada 6 Januari 2021 dalam cubaan terdesak golongan pelampau kanan untuk “mengekalkan” Trump sebagai Presiden AS. Ratusan orang penyokong Trump yang merusuh dan bertindak … Continue reading AS: Penyokong Trump serbu bangunan Kapitol

Hong Kong: Pendukung gerakan pro-demokrasi ditangkap secara besar-besaran

Pihak berkuasa Hong Kong melancarkan operasi penangkapan besar-besaran terhadap ahli-ahli politik dan aktivis-aktivis gerakan pro-demokrasi pada 6 Januari 2021 dalam usaha terbaru Kerajaan Hong Kong untuk melenyapkan suara pembangkang dan menyekat ruang demokrasi di bandaraya itu. Seramai 53 orang telah ditangkap dalam operasi yang diadakan pada awal pagi 6 Januari 2021. Semua orang yang ditangkap … Continue reading Hong Kong: Pendukung gerakan pro-demokrasi ditangkap secara besar-besaran

Vaksin COVID-19: Biar cermat asal selamat!

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Ianya cukup jelas bahawa kita memerlukan vaksin COVID-19 bagi melawan pandemik koronavirus. Jika sejumlah besar populasi kita diimunkan secara signifikan – biarpun buat hanya sementara waktu atau untuk tempoh selama setahun atau dua – pastinya kadar jangkitan koronavirus akan menurun. Sekaligus, bermakna yang kita dapat mengurangkan tahap penjarakan sosial, serta lebih … Continue reading Vaksin COVID-19: Biar cermat asal selamat!