Myanmar: Kudeta tentera beri tamparan kepada usaha pendemokrasian

Pihak tentera Myanmar, Tatmadaw yang dipimpin oleh Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, melancarkan rampasan kuasa pada hari ini (1 Februari 2021) untuk menjatuhkan Kerajaan Myanmar yang dipilih secara demokratik. Kaunselor Negara Myanmar (iaitu ketua kerajaan yang sama taraf dengan Perdana Menteri) Aung San Suu Kyi dan pemimpin-pemimpin daripada parti pemerintah, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), telah … Continue reading Myanmar: Kudeta tentera beri tamparan kepada usaha pendemokrasian

Kronologi Revolusi Dunia (Bahagian 1)

Sejarah masyarakat manusia penuh dengan perjuangan rakyat yang menentang kezaliman dan membebaskan diri daripada penindasan. Kronologi sejarah revolusi dunia ini (dalam 3 bahagian) menyenaraikan peristiwa-peristiwa perjuangan rakyat di seluruh pelusuk dunia, merangkumi kebangkitan rakyat melawan penindasan, pemberontakan menentang kuasa pemerintahan yang zalim, penentangan terhadap kekuasaan penjajah dan revolusi yang mengubah sistem masyarakat. (Ini bukannya senarai … Continue reading Kronologi Revolusi Dunia (Bahagian 1)

Skim berbentuk UBI diperlukan pada ketika ekonomi tidak menentu

“Kesihatan atau ekonomi? Kerajaan Pusat di Putrajaya nampaknya sedang teragak-agak dalam membuat keputusan sama ada meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Februari 2021 atau tidak, kerana angka jangkitan COVID-19 masih berada sekitar 3000-5000 kes baru setiap hari. Adalah jelas bahawa kita harus mengutamakan kesihatan berbanding ekonomi. Namun jika PKP perlu dipanjangkan lagi untuk membendung … Continue reading Skim berbentuk UBI diperlukan pada ketika ekonomi tidak menentu

Vaksin, pekerja migran dan keimunan kelompok

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat perbincangan yang sedang berlaku di Malaysia mengenai sama ada kita patut menawarkan pemvaksinan COVID-19 secara percuma kepada pekerja-pekerja migran yang berada di Malaysia atau tidak. Sesetengah warga Malaysia marah tentang wang cukai kita yang mungkin akan digunakan untuk mensubsidi pekerja-pekerja migran ini khususnya mereka yang tidak berdokumen. Sesetengah orang pula … Continue reading Vaksin, pekerja migran dan keimunan kelompok

GameStop: Pemberontakan popular dalam pasaran kewangan kasino?

Baru-baru ini, sekumpulan pelabur kecil yang amateur, yang berpakat melalui forum r/wallstreetbets dalam laman web Reddit dan menggunakan aplikasi perdagangan saham atas talian, telah berjaya menumpaskan beberapa buah dana lindung nilai (hedge fund) besar yang cuba mengaut keuntungan daripada aktiviti jualan kosong saham GameStop, sebuah syarikat peruncitan permainan video yang beribupejabat di Amerika Syarikat. Golongan … Continue reading GameStop: Pemberontakan popular dalam pasaran kewangan kasino?

Pekerja migran yang ditahan di Sabah alami pencabulan hak asasi secara sistematik

Pekerja-pekerja migran yang ditahan dan dihantar pulang ke negara asal mereka dari Malaysia, telah mengalami pencabulan hak asasi manusia secara sistematik. Ini bukannya perkara yang baharu, tetapi terus didedahkan, termasuk dalam laporan pencarian fakta mengenai keadaan migran Indonesia yang dihantar pulang dari negeri Sabah ke Indonesia yang diterbitkan baru-baru ini oleh Koalisi Buruh Migran Berdaulat … Continue reading Pekerja migran yang ditahan di Sabah alami pencabulan hak asasi secara sistematik

(Siri Wawancara Anak Muda PSM – Ain Zafirah) Rakyat bawahan boleh tentukan nasib sendiri

Sosialis.net menemuramah Ain Zafirah Binti Md Said, salah seorang anak muda yang menyertai Parti Sosialis Malaysia (PSM), untuk mengetahui lebih mendalam tentang motivasi anak muda hari ini melibatkan diri dalam parti kiri. Ain Zafirah Binti Md Said, berumur 28 tahun, ialah seorang graduan yang bekerja sebagai pembantu am. ========== S: Sosialis.net A: Ain Zafirah ========== … Continue reading (Siri Wawancara Anak Muda PSM – Ain Zafirah) Rakyat bawahan boleh tentukan nasib sendiri

India: Petani berarak dengan traktor untuk bantah dasar neoliberal Modi

26 Januari setiap tahun disambut di negara India sebagai Hari Republik. Hari Republik disambut untuk memperingati negara India menjadi sebuah republik yang baharu dan merdeka apabila Perlembagaan India mula berkuatkuasa pada 26 Januari 1950. 26 Januari dipilih sebagai Hari Republik juga kerana “Purna Swaraj” (Perisytiharan Kemerdekaan India) yang diisytihar oleh Kongres Nasional India pada 26 … Continue reading India: Petani berarak dengan traktor untuk bantah dasar neoliberal Modi

Virus ketidaksamarataan terus menular di dunia

1,000 orang yang terkaya di dunia pulih daripada kerugian mereka kerana pandemik COVID-19 dalam tempoh hanya 9 bulan, tetapi berbilion-bilion orang yang termiskin di dunia pula perlu mengambil masa lebih 10 tahun untuk pulih daripada impak ekonomi pandemik yang melanda setahun yang lepas. Inilah fakta yang didedahkan dalam laporan Oxfam yang terbaru. Oxfam ialah sebuah … Continue reading Virus ketidaksamarataan terus menular di dunia

Kebangkitan rakyat Mesir 2011: Revolusi separuh jalan yang belum selesai

10 tahun dahulu, pada 25 Januari 2011, tercetusnya gelombang kebangkitan rakyat yang hebat di negara Mesir sehingga menjatuhkan pemerintahan diktator Hosni Mubarak, dalam tempoh 18 hari. Peristiwa Revolusi Mesir 2011 merupakan sebahagian daripada gelombang “Musim Bunga Arab” yang melanda banyak negara di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara pada masa itu. Walaupun revolusi rakyat yang … Continue reading Kebangkitan rakyat Mesir 2011: Revolusi separuh jalan yang belum selesai