Koronavirus, kegawatan, krisis dan kapitalisme

Sungai Yangtze atau Sungai Panjang di China, sungai terpanjang di benua Asia, mengalir melalui satu tempat yang sebegini di wilayah Hubei yang terletak di bahagian tengah Tanah Besar China: Di tebing barat laut Sungai Yangtze, terdapat sebuah tempat bernama Hanyang, yang pernah menjadi pusat perindustrian yang penting di China, di mana kilang senjata Hanyang yang … Continue reading Koronavirus, kegawatan, krisis dan kapitalisme

Wabak penyakit dan kapitalisme

Tirai kapitalisme dibuka dengan penularan wabak Pada tahun 1545-1548, sejenis wabak penyakit demam berdarah yang dikenali sebagai Cocoliztli merebak di wilayah Sepanyol Baru (Nueva España), iaitu tanah jajahan Empayar Sepanyol pada masa itu di kawasan Mexico hari ini, dianggarkan telah membunuh seramai 5 juta hingga 15 juta orang penduduk masyarakat orang asal tempatan, ataupun bersamaan … Continue reading Wabak penyakit dan kapitalisme

Immanuel Wallerstein (1930-2019): Intelek anti-kapitalis yang bangunkan analisis Sistem-Dunia

“Tiadanya dan tidak boleh adanya kapitalisme yang pelbagai kerana kapitalisme ialah struktur tunggal yang merupakan ciri penentu untuk sistem dunia moden.” - Immanuel Wallerstein, Capitalism as an Essential Concept to Understand Modernity, 2016 Immanuel Wallerstein, seorang tokoh intelek dalam bidang sosiologi, sejarah ekonomi dan analisis sistem-dunia yang terkenal di Amerika Syarikat, meninggal dunia pada 31 … Continue reading Immanuel Wallerstein (1930-2019): Intelek anti-kapitalis yang bangunkan analisis Sistem-Dunia

Marta Harnecker (1937-2019): Intelek yang dedikasikan hidupnya kepada pembebasan rakyat

"Kita perlukan golonggan kiri yang menyedari bahawa menjadi radikal bukannya terdiri daripada membangkitkan slogan yang paling militan atau melakukan aksi yang paling ekstrim - dengan hanya beberapa orang sahaja bersetuju, dan menakutkan majoriti - tetapi sebaliknya berkeupayaan dalam mewujudkan ruang untuk sektor-sektor yang seluas mungkin bagi bertemu dan bergabung tenaga dalam perjuangan. Kesedaran bahawa jumlah … Continue reading Marta Harnecker (1937-2019): Intelek yang dedikasikan hidupnya kepada pembebasan rakyat

Imperialisme

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan paling hebat dalam sejarah. Kapitalisme menular dan menelan seluruh dunia tanpa halangan. Perluasan ekonomi kapitalis berkaitan rapat dengan imperialisme. Sejarah kapitalisme perindustrian boleh dibahagikan kepada dua peringkat utama: Peringkat persaingan bebas – dari 1760-an (Revolusi Industri) hingga tahun 1880-an Peringkat imperialis – dari tahun 1880-an hingga sekarang … Continue reading Imperialisme

Kapitalisme dan perkauman

Rasisme berkait rapat dengan kapitalisme, malah rasisme itu produk yang dihasilkan daripada kapitalisme dan berfungsi untuk memperkukuhkan sistem kapitalis. Rasisme ialah sejenis fahaman atau ideologi yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Rasisme ditunjukkan dalam prejudis terhadap sesuatu kaum yang lain dan tindakan yang bersifat diskriminasi atau pilih kasih berasaskan kaum. Kapitalisme pula merupakan sistem … Continue reading Kapitalisme dan perkauman

Melawan patriarki untuk pembebasan wanita

Perjuangan pembebasan wanita bukannya perjuangan anti-lelaki, tetapi perjuangan untuk melawan sistem patriarki dan fahaman seksisme yang wujud dalam masyarakat kelas yang menindas rakyat termasuk golongan wanita. Perjuangan menentang patriarki adalah perlawanan terhadap pembahagian kerja yang menetapkan kaum lelaki sebagai yang berkuasa di sfera awam manakala kaum wanita hanya menjadi pekerja tanpa upah di dalam rumah, … Continue reading Melawan patriarki untuk pembebasan wanita

Perjuangan kelas dan pembebasan wanita

Tokoh-tokoh politik kiri pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, seperti Karl Marx, Friedrich Engels, Clara Zetkin, Rosa Luxemburg, V.I. Lenin, Alexandra Kollontai dan Leon Trotsky, telah memperkembangkan kerangka teori yang menghubungkaitkan perjuangan pembebasan wanita dengan perjuangan untuk membina sosialisme. Marx dan Engels menjejak punca penindasan ke atas wanita yang wujud pada peranan wanita dalam … Continue reading Perjuangan kelas dan pembebasan wanita