Rosa Luxemburg: Peneraju idea kiri radikal

Bulan Januari tahun 2019 menandakan ulangtahun ke-100 pemergian Rosa Luxemburg (1871-1919), seorang tokoh revolusioner Jerman yang mendedikasi sepenuh hidupnya kepada usaha perjuangan pembebasan rakyat pekerja antarabangsa. Walaupun Rosa Luxemburg telah meninggalkan kita untuk 100 tahun, namun pemikiran revolusionernya masih mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada gerakan anti-kapitalis pada hari ini. Kisah hidup yang radikal Rosa Luxemburg … Continue reading Rosa Luxemburg: Peneraju idea kiri radikal

Persaingan dan monopoli

Sistem kapitalis digerakkan oleh persaingan. Tanpa persaingan, tiadanya masyarakat kapitalis. Persaingan dalam masyarakat kapitalis, adalah persaigan golongan kapitalis untuk mengumpul modal dengan memaksimumkan keuntungan. Golongan kapitalis sanggup melakukan apa-apa sahaja demi survival diri sendiri dan menumpaskan pesaingnya dalam masyarakat kapitalis. Jika masyarakat tidak lagi mempunyai persaingan, maka masyarakat itu bukan lagi masyarakat kapitalis. Ini kerana … Continue reading Persaingan dan monopoli

Pemerasan

Pemerasan atau eksploitasi berlaku apabila pekerja dipaksa untuk bekerja, bukan lagi untuk perkembangan diri sendiri, tetapi untuk menghasilkan surplus yang diambilalih oleh kapitalis. Dalam rencana bertajuk “Nilai Surplus dan Modal”, telah diperkenalkan bahawa aktiviti “beli untuk jual” diungkapkan dalam formula: M-C-M’, di mana M’ > M. Maka perbezaan nilai M’ dengan M, adalah nilai surplus … Continue reading Pemerasan

Pengasingan

Apabila pengeluaran komoditi (iaitu barangan dihasilkan untuk dijual bagi mendapatkan nilai tukarnya) menjadi sesuatu perkara yang rutin dan biasa dalam masyarakat kapitalis, maka wujudnya satu fenomena yang dipangggil pengasingan atau alienasi (alienation). Pengasingan merupakan satu konsep penting yang digunakan oleh Karl Marx untuk menerangkan buruh upah (wage labour) dalam sistem kapitalis. Pengasingan membawa maksud benda … Continue reading Pengasingan

Bagaimana sistem kapitalis bermula?

Apakah asal usul mod pengeluaran kapitalis? Bagaimana masyarakat kapitalis itu bermula? Masyarakat kapitalis terjadi hasil daripada perkembangan 3 perkara: i. Pemisahan antara pengeluar dengan sumber pengeluaran ii. Kemunculan kelas kapitalis iii. Kemunculan kelas pekerja Ketiga-tiga perkara ini telah menghasilkan mod pengeluaran kapitalis, sementara itu juga menjadi ciri asas kepada sistem kapitalis itu. Pemisahan antara pengeluar … Continue reading Bagaimana sistem kapitalis bermula?

Nilai Surplus dan Modal

Nilai surplus atau nilai lebihan, adalah barangan surplus dalam bentuk matawang. Di bawah sistem kapitalis, nilai surplus adalah bahagian nilai dalam bentuk matawang yang dihasilkan oleh pekerja tanpa pulangan untuk dinikmati sepenuhnya oleh pemilik alat pengeluaran (iaitu kapitalis). Kapitalis, iaitu orang yang memiliki modal, membeli tenaga buruh pekerja, dan membayarnya dengan gaji. Dengan itu, kapitalis … Continue reading Nilai Surplus dan Modal

Buruh dan Nilai

Buruh atau tenaga kerja itu asas kepada ekonomi. Buruh manusia mencipta kekayaan masyarakat. Buruh menghasilkan nilai. Tanpa buruh manusia, maka tiadanya nilai. Dalam pengeluaran barangan, ia melibatkan proses: Sumber pengeluaran (peralatan, mesin, kilang, pengangkutan, jalan dan sebagainya; objek buruh, iaitu bahan mentah) + buruh (orang yang melakukan kerja) ------> hasil pengeluaran (barangan) Jikalau kuasa pengeluaran … Continue reading Buruh dan Nilai

Kelas

Kelas yang dimaksudkan di sini bukannya bilik darjah/dewan kuliah dengan guru/pensyarah yang mengajar anak murid/pelajar, tetapi kelompok masyarakat yang dibezakan mengikut status sosio-ekonomi mereka, ataupun kedudukan mereka dalam hubungan pengeluaran-pengagihan kekayaan sesuatu masyarakat. Dalam masyarakat primitif, di mana manusia yang hidup secara kelompok itu tiadanya hasil buruh lebihan (surplus), maka tidak perlu wujudnya pemisahan kerja … Continue reading Kelas

Teori Sejarah Marxis

Golongan idealis percaya bahawa perubahan masyarakat itu berlaku kerana adanya tokoh-tokoh hebat yang memimpin atau mengetuai sesuatu perubahan itu, ataupun sejarah itu dicipta hanya mengikut kehendak atau kesedaran manusia itu sahaja. Ada pula yang percaya bahawa sejarah dibentuk melalui konspirasi sekumpulan kecil orang. Malahan, golongan materialis pula berpandangan bahawa keadaan atau perubahan itu ditentukan oleh … Continue reading Teori Sejarah Marxis

Materialisme Dialektik

Materialisme Dialektik ataupun Dialektik Materialis, merupakan asas penting kepada falsafah Marxisme. Materialisme Dialektik mendapat ilham daripada kedua-dua tradisi falsafah dialektik dan materialisme. Materialisme Dialektik juga merupakan metodologi yang digunakan oleh Karl Marx dalam menganalisis politik-ekonomi dan perkembangan sejarah masyarakat. Dialektik berasal daripada dialog, iaitu komunikasi dua hala. Dialektik adalah satu cara penghujahan untuk menangani perbezaan … Continue reading Materialisme Dialektik