KUALA LUMPUR: Setelah menghadapi dua kali tindakan perobohan rumah pada bulan Disember 2019, penduduk-penduduk Kampung Segambut Permai dapat berasa lega sedikit menjelang Tahun Baru 2020 apabila mereka diberikan tawaran baru untuk unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan berdekatan seperti yang diminta oleh mereka sebelum ini. Berikutan aksi protes di Bangunan Dewan Bandaraya Kuala … Continue reading Peneroka Kampung Segambut Permai diberi tawaran rumah PPR berdekatan
Peneroka Kampung Segambut Permai tuntut rumah alternatif kekal bukannya rumah transit sementara
KUALA LUMPUR - 27 DISEMBER 2019: Setelah bertahan untuk menangguhkan perobohan rumah kampung pada 24 Disember 2019, penduduk-penduduk Kampung Segambut Permai telah berprotes di hadapan hadapan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari ini untuk menuntut penyelesaian yang sewajar untuk masalah perumahan mereka. Satu memorandum telah diserahkan kepada wakil Menteri Wilayah Persekutuan Nik Razak. … Continue reading Peneroka Kampung Segambut Permai tuntut rumah alternatif kekal bukannya rumah transit sementara
Penduduk Kampung Segambut Permai masih diancam pengusiran tanpa rumah alternatif kekal
KUALA LUMPUR - 24 DISEMBER 2019: Setelah 8 jam bertahan, dengan 3 buah rumah kosong dirobohkan, penduduk Kampung Segambut Permai mendapat penangguhan perobohan rumah untuk 2 minggu lagi daripada pihak pemilik tanah Kemasekutu Sdn Bhd. Selepas perobohan rumah yang dijadualkan pada 9 Disember 2019 ditangguhkan untuk 2 minggu berikutan Kementerian Wilayah Persekutuan berjanji untuk mengaturkan … Continue reading Penduduk Kampung Segambut Permai masih diancam pengusiran tanpa rumah alternatif kekal
Pekerja Ladang Bukit Beruntung tuntut tanah untuk selesaikan penantian rumah selama 20 tahun
KUALA KUBU BHARU - 18 DISEMBER 2019: Pekerja-pekerja Ladang Bukit Beruntung yang ditipu oleh pemilik ladang tersebut yang gagal menunaikan janji membina rumah untuk mereka, telah mengadakan aksi protes pada hari ini dan menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, dengan tuntutan kepada Pentadbir Tanah supaya merampas tanah daripada pemilik tanah ladang … Continue reading Pekerja Ladang Bukit Beruntung tuntut tanah untuk selesaikan penantian rumah selama 20 tahun
Penduduk Kampung Segambut Permai yang diusir akan dapat rumah alternatif
KUALA LUMPUR: 33 buah keluarga di Kampung Segambut Permai dapat berasa lega seketika selepas pelaksanaan notis pengusiran terhadap mereka telah ditangguhkan selama dua minggu sementara Kementerian Wilayah Persekutuan telah berjanji untuk mengaturkan perumahan alternatif untuk penduduk yang terlibat. Kampung Segambut Permai menghadapi pengusiran paksa pada 9 Disember 2019 apabila wakil pemaju Kemasekutu Sdn Bhd datang ke … Continue reading Penduduk Kampung Segambut Permai yang diusir akan dapat rumah alternatif
Bazir masa! Gagal buktikan kesalahan masih rayu di mahkamah tinggi!
Pihak pendakwaraya yang gagal membuktikan kes prima facie terhadap Karthiges dan Nathan, dua orang yang ditangkap pada tahun lalu semasa mempertahankan rumah penduduk miskin daripada pengusiran paksa di unit rumah PPR Padang Tembak, telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Sebutan kes untuk pendengaran rayuan kes ini telah ditetapkan pada 9 Januari 2020 yang akan … Continue reading Bazir masa! Gagal buktikan kesalahan masih rayu di mahkamah tinggi!
33 keluarga bakal kehilangan rumah: Kampung tradisi diancam pengusiran paksa
SENTUL, KUALA LUMPUR - 24 November 2019: Lebih 30 orang penduduk Kampung Segambut Permai membuat aduan polis secara beramai-ramai pada hari ini di Ibupejabat Polis Daerah Sentul, berkenaan dengan isu perumahan yang dihadapi oleh mereka. Sebanyak 33 buah keluarga di Kampung Segambut Permai telah mendapat satu notis pengosongan rumah baru-baru ini. Notis yang dikeluarkan berasaskan satu Penghakiman Persetujuan di … Continue reading 33 keluarga bakal kehilangan rumah: Kampung tradisi diancam pengusiran paksa
MB Perak perlu ambil serius tentang masalah pengusiran petani kecil
Jawatankuasa Petani Kecil Chemor bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah menyerahkan satu memorandum kepada Kerajaan Negeri Perak pada 21 Oktober 2019, untuk membawa kepada perhatian Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu tentang masalah yang dihadapi oleh petani-petani kecil yang belum ditangani. Petani-petani kecil yang terlibat datang dari 3 kawasan, iaitu dua kumpulan dari Tanah … Continue reading MB Perak perlu ambil serius tentang masalah pengusiran petani kecil
Ekonomi Gig sedang bunuh industri hotel Melaka
oleh Sharan Raj Industri Pelancongan dan hotel merupakan industri yang penting serta nadi hidup untuk Bandaraya Melaka. Namun, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tidak mengendahkan kemerosotan industri hotel sedang meningkatkan kadar pengangguran di kalangan anak muda. Berdasarkan Ahli Parlimen Kota Melaka, jumlah pelancong semakin meningkat di Melaka tetapi kadar pengambilan hotel di Melaka semakin merosot pada … Continue reading Ekonomi Gig sedang bunuh industri hotel Melaka
Orang Asli Kampung Lawai tolak wang “sagu hati” dari pembalak
Komuniti Orang Asli Kampung Lawai yang terletak Jalong Tinggi, Sungai Siput, Perak, telah menolak pemberian wang “sagu hati” yang berkaitan dengan aktiviti pembalakan berdekatan dengan kampung mereka. Pada 3 Oktober 2019, dua orang penduduk Kampung Lawai, Halim Bin Ngah dan Isnin Bin Long ,telah memanggil semua penduduk Kampung Lawai untuk bermesyuarat di Dewan Adat Kampung … Continue reading Orang Asli Kampung Lawai tolak wang “sagu hati” dari pembalak
