oleh Sharan Raj

Industri Pelancongan dan hotel merupakan industri yang penting serta nadi hidup untuk Bandaraya Melaka. Namun, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tidak mengendahkan kemerosotan industri hotel sedang meningkatkan kadar pengangguran di kalangan anak muda.

Berdasarkan Ahli Parlimen Kota Melaka, jumlah pelancong semakin meningkat di Melaka tetapi kadar pengambilan hotel di Melaka semakin merosot pada tahun 2018 berbanding 2017. Kadar kedatangan pelancong bertambah sebanyak 1.2%. tetapi penginap hotel telah merudum sebanyak 35% dalam setahun.

20191014 - melaka

Jikalau trend ini berterusan, kadar pengangguran di Melaka akan meningkat kerana majoriti pekerja hotel di Melaka ialah warga Malaysia. Pihak hotel juga sedang mengelakkan daripada memberi bonus dan meningkat gaji untuk pekerjanya.

Kewujudan “ekonomi gig” seperti AirBnB menyebabkan segelintir pelabur hartanah menyewa rumah kepada pelancong. Kebanyakan pelabur hartanah AirBnB adalah dari luar Melaka, seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura. Pelaburan hartanah juga sedang meninggikan harga rumah.

Rumah AirBnB juga tidak mewujudkan pekerjaan konsisten berbanding industri hotel. Malah sebarang untung daripada sewa AirBnB mengalir keluar dari Melaka ke dalam kocek segelintir pelabur di luar negeri dan firma AirBnB di Amerika Syarikat.

Menteri Besar Melaka harus mengambil langkah proaktif serta-merta dengan mengharamkan aktiviti ekonomi gig yang menyewakan rumah sebagai hotel demi kepentingan rakyat.

==========

Sharan Raj ialah Pengerusi Pejabat Negeri Melaka Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *