Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan Kongres Nasionalnya yang ke-23 secara atas talian pada 24 Oktober 2021. Kongres kali ini yang bertemakan “Tolak Politik Elit! PSM Membina Demokrasi Tulen Rakyat” telah dihadiri oleh lebih 100 orang perwakilan dari seluruh negara. Ini merupakan kali kedua PSM mengadakan kongres secara atas talian kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak awal tahun 2020.
Resolusi Kongres Nasional PSM yang ke-23
Resolusi yang diluluskan dalam Kongres Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ke-23 pada 24 Oktober 2021.
Bina alternatif yang mampu cabar hegemoni arus perdana – Ucapan Dasar Kongres Nasional PSM 2021
Ini adalah kali kedua Kongres PSM diadakan secara atas talian kerana wabak COVID-19. COVID-19 dan kegawatan ekonomi yang disebabkan olehnya telah membawa impak besar kepada bukan sahaja kesihatan dan ekonomi rakyat, bahkan dalam senario politik negara dan antarabangsa juga. Adalah amat penting bagi sebuah parti kiri untuk memahami senario baharu yang sedang diakibatkan oleh wabak COVID-19 supaya dapat mengatur strategi untuk memperkukuhkan gerakan progresif di Malaysia.
“Permintaan rakyat mudah je”: Pelan Tindakan Pemulihan Nasional – Haluan Baru untuk Malaysia
Kenyataan akhbar Parti Sosialis Malaysia (PSM) sempena pelancaran pelan tindakan alternatif untuk pemulihan nasional yang bertemakan “Permintaan Rakyat Mudah Je”.
“Permintaan Rakyat Mudah Je”: PSM lancar cadangan pelan tindakan alternatif untuk pemulihan nasional
Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengemukakan ideanya untuk pelan tindakan alternatif “Pemulihan Nasional: Haluan Baru untuk Malaysia” dengan mencadangkan pembaharuan penting yang meliputi aspek penting seperti perlindungan sosial, jaminan kerja, perkhidmatan kesihatan, perumahan dan keadilan iklim.
Adakah PSM sebuah kumpulan ekstremis?
PSM sentiasa bertindak dalam ruang demokratik yang dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam usaha-usaha kami untuk memperjuangkan isu-isu rakyat, dan kami mengalu-alukan lebih ramai rakyat pelbagai kaum untuk menyertai perjuangan PSM supaya mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan harmoni yang berasaskan solidariti antara rakyat dan kelestarian alam sekitar.
Catatan mengenang balik 28 Jun 2011
Catatat Arutchelvan mengenang semula peristiwa yang berlaku di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, pada 28 Jun 2011, 10 tahun dahulu.
EO6: Kuasa rakyat bebaskan tahanan politik
Penahanan 6 orang aktivis PSM di bawah Ordinan Darurat (EO) pada tahun 2011, yang dikenali sebagai EO6, dan juga kempen membebaskan mereka, merupakan satu lembaran sejarah yang penting dalam perjalanan perjuangan PSM dan gerakan rakyat di negara kita.
Jangan tunggu lagi, bertindak sekarang juga
Kenyataan PSM bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2021.
Kecewa dengan sistem, anak muda pilih sosialisme
oleh Martin Vengadesan (Tulisan ini ialah penterjemahan rencana dalam Bahasa Inggeris yang diterbitkan di Malaysiakini.com) Untuk sebilangan negara di dunia, sosialisme telah digunakan sebagai satu kata penghinaan oleh ahli-ahli politik berhaluan kanan. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, Presiden Donald Trump serta penyokongnya telah memperli bekas Presiden Barrack Obama sebagai seorang yang mendukung prinsip “sosialisme” kerana … Continue reading Kecewa dengan sistem, anak muda pilih sosialisme