Bina alternatif yang mampu cabar hegemoni arus perdana – Ucapan Dasar Kongres Nasional PSM 2021

Ini adalah kali kedua Kongres PSM diadakan secara atas talian kerana wabak COVID-19. COVID-19 dan kegawatan ekonomi yang disebabkan olehnya telah membawa impak besar kepada bukan sahaja kesihatan dan ekonomi rakyat, bahkan dalam senario politik negara dan antarabangsa juga. Adalah amat penting bagi sebuah parti kiri untuk memahami senario baharu yang sedang diakibatkan oleh wabak COVID-19 supaya dapat mengatur strategi untuk memperkukuhkan gerakan progresif di Malaysia.

Belanjawan 2021: Idea baru diperlukan untuk tangani kemelesetan zaman COVID-19

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Apakah belanjawan yang paling sesuai untuk Malaysia mengharungi kemelesetan ekonomi yang timbul daripada pandemik COVID-19? Ini ialah isu penting yang patut kita bincangkan agar penyelesaian yang sesuai dapat ditemui. Setiap negara perlu membangunkan konsensus nasional mengenai bagaimana kapasiti kewangan negara yang terhad harus digunakan untuk mengurangkan kesan pandemik yang sedang berlaku … Continue reading Belanjawan 2021: Idea baru diperlukan untuk tangani kemelesetan zaman COVID-19

Kemelesetan ekonomi pasca COVID-19: Cadangan PSM untuk pulihkan negara demi rakyat – Pastikan tiada sesiapa yang ketinggalan

Wabak COVID-19 telah mengejutkan ekonomi global. Walaupun beberapa pakar ekonomi arus perdana berusaha untuk menyakinkan diri bahawa ekonomi global akan bangkit semula selepas langkah-langkah kawalan pergerakan di beberapa buah negara dilonggarkan, hakikatnya adalah pemulihan ini tidak akan berbentuk “V” dan ekonomi dunia akan mengambil masa 18 bulan ataupun lebih untuk pulih ke tahap sebelum wabak … Continue reading Kemelesetan ekonomi pasca COVID-19: Cadangan PSM untuk pulihkan negara demi rakyat – Pastikan tiada sesiapa yang ketinggalan

PENJANA – Pelan pemulihan ekonomi yang penuh kelemahan

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) menghargai bahawa Kerajaan Perikatan Nasional menyedari perlunya campurtangan Kerajaan dalam menangani kemerosotan ekonomi yang sedang kita lalui. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sedar akan pernyataan neoliberal yang mengatakan pasaran boleh memperbetulkan diri itu adalah tidak boleh dipakai dalam situasi sekarang. Namun, sebarang campurtangan kerajaan harus dikonsepsikan dengan baik serta bersesuaian dengan … Continue reading PENJANA – Pelan pemulihan ekonomi yang penuh kelemahan