oleh S. Arutchelvan Nampaknya ada satu masalah utama dengan tugasan dan skop Perdana Menteri Interim. Saya difahamkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong menjadikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim untuk membolehkan beliau menjadi “kerajaan penjaga” (caretaker government) sementara Yang Di-Pertuan Agong mencari seorang pengganti kepada Jawatan Perdana Menteri yang dikosongkan oleh Tun Mahathir. Kita sedia maklum bahawa, Tun Mahathir telah meletak jawatan … Continue reading Mahathir sudah hilang majoriti untuk tubuh Kerajaan Perpaduan
Pilihanraya Negeri diperlukan untuk DUN Melaka
oleh Sharan Raj Pagi tadi rakyat Melaka dikejutkan dengan kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan di negeri Melaka. Perletakan jawatan Ketua Menteri merupakan sebuah langkah ‘gentlemen’ selepas mengetahui beliau tiada majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka setelah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar daripada Pakatan Harapan. Namun demikian, kuasa memilih kerajaan seterusnya patut berada dalam tangan rakyat Melaka, bukannya dalam tangan konspirator … Continue reading Pilihanraya Negeri diperlukan untuk DUN Melaka
Perhimpunan Hotel Sheraton – Jom kita rampas kuasa!
oleh S. Arutchelvan Ketika rakyat menanti dengan gelisah, ketika kakitangan hospital bertungkus lumus untuk berperang dengan COVID-19, ketika wartawan berlari ke sana ke sini mencari berita, dan masa inilah, adanya segelintir ahli politik merancang untuk menggulingkan kerajaan dengan cara putar belit, fitnah dan manipulasi. Mereka datang dengan kereta mewah, mereka bincang di hotel mewah, membicarakan … Continue reading Perhimpunan Hotel Sheraton – Jom kita rampas kuasa!
Tolak kerajaan pintu belakang – Mandat baru melalui pilihanraya umum
oleh S. Arutchelvan Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersimpati dengan perasaan yang sedang dialami ramai rakyat Malaysia yang mengharapkan fajar baru selepas Kerajaan BN ditumbangkan oleh undi popular melalui peti undi pada bulan Mei 2018. Hari ini, penyangak yang telah kalah dalam pilihanraya umum lepas bersama dengan sesetengah parti daripada Pakatan Harapan (PH) sedang bekerjasama untuk … Continue reading Tolak kerajaan pintu belakang – Mandat baru melalui pilihanraya umum
Thailand: Parti anti-tentera dibubarkan mahkamah
Walaupun Thailand tidak lagi diperintah oleh kediktatoran tentera secara rasminya, tetapi kekuasaan kediktatoran tentera masih bertapak kukuh di negara itu, dengan bukti terbarunya adalah parti politik yang paling lantang bersuara menentang kekuasaan tentera telah dibubarkan oleh mahkamah dan pemimpinnya dilarang daripada mengambil bahagian dalam politik untuk 10 tahun. Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan pada 21 Februari … Continue reading Thailand: Parti anti-tentera dibubarkan mahkamah
Mahathir Menteri Pendidikan sementara, apa nasib anak didik kita?
oleh Ahmad Yasin Bin Basri Perletakan jawatan Dr. Maszlee Malik daripada posisi Menteri Pendidikan pada 2 Januari yang lepas atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir telah membuahkan spekulasi akan sebab serta nasib posisi tersebut. Keengganan Mahathir memberi ulasan untuk memunasabahkan perletakan jawatan tersebut juga tidak memberi sebarang keringanan dalam keresahan orang ramai atas kekeruhan … Continue reading Mahathir Menteri Pendidikan sementara, apa nasib anak didik kita?
Tahun 2020: Ikthiar baru untuk perjuangkan pembebasan rakyat, keadilan sosial dan kesejahteraan bersama
Tahun 2020 menjelang, dengan Wawasan 2020 yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang juga ke-7 hanya tinggal dalam ingatan untuk generasi yang hidup dalam 3 dekad yang kebelakangan ini. Retorik dalam Wawasan 2020 yang berbunyi sedap seperti “negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama”, “masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju”, “masyarakat demokratik … Continue reading Tahun 2020: Ikthiar baru untuk perjuangkan pembebasan rakyat, keadilan sosial dan kesejahteraan bersama
Jawi – Siapa nak berundur?
oleh S. Arutchelvan Kelmarin saya menghadiri satu forum bertajuk “Forum Jawi – Saling Memahami” anjuran Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. Forum ini amat baik kerana ia turut dihadiri oleh Dong Zong, Tamil Foundation, IKRAM, ABIM dan Dewan Perhimpunan Cina. Yang menjadikan Forum ini sempurna adalah ia dihadiri juga oleh Dr Habibah Abdul Rahim daripada Kementerian Pendidikan. Saya … Continue reading Jawi – Siapa nak berundur?
Membina jambatan merentasi jurang etnik – mesej Hari Krismas dan Tahun Baru 2020
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya, dan Selamat Tahun Baru untuk semua rakyat Malaysia. Dalam suasanan perayaan ini, kita semua harus merenung seketika dan mengambil maklum bahawa jika kita benar-benar ingin membina masa depan bahagian untuk negara kita dan anak cucu kita, kita … Continue reading Membina jambatan merentasi jurang etnik – mesej Hari Krismas dan Tahun Baru 2020
Najib masih dihantui Altantuya
Ada satu hantu berkeliaran di sekitar Najib - hantu Altantuya… dari masanya masih Timbalan Perdana Menteri hingga menjadi bekas Perdana Menteri. Selepas 13 tahun Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan hutan berdekatan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, kontroversi yang menyelubungi kes pembunuhan ini masih menghantui Najib Razak apabila Azilah Hadri, salah seorang dijatuhkan hukuman … Continue reading Najib masih dihantui Altantuya
