1200px-Coat_of_arms_of_Malacca.svg

oleh Sharan Raj

Pagi tadi rakyat Melaka dikejutkan dengan kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan di negeri Melaka. Perletakan jawatan Ketua Menteri merupakan sebuah langkah ‘gentlemen’ selepas mengetahui beliau tiada majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka setelah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar daripada Pakatan Harapan.

Namun demikian, kuasa memilih kerajaan seterusnya patut berada dalam tangan rakyat Melaka, bukannya dalam tangan konspirator dan elitis. Maka, DUN Melaka harus dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri untuk menghormati hak demokrasi rakyat.

Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka (PSM Melaka) sangat kecewa bahawa pentadbiran negeri Melaka merupakan negeri pertama yang tumbang rentetan daripada percaturan politik di Putrajaya.

==========

Sharan Raj ialah Pengerusi Negeri untuk Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka (PSM Melaka).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *