Cikgu Tina mengetengahkan isu-isu tanah dan perumahan yang dihadapi oleh beberapa komuniti rakyat marhaen di Negeri Sembilan.
Selesaikan masalah perumahan rakyat segera – Seruan rakyat sempena Hari Habitat Sedunia
Bersempena Hari Habitat Sedunia, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gabungan Marhaen mengadakan aksi protes serentak di Ipoh dan Shah Alam dengan membawa tuntutan-tuntutan kepada Kerajaan Negeri Perak dan Selangor untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat yang sudah lama tertangguh.
Deklarasi Hari Habitat 2022: Perumahan bukan untuk keuntungan
Adalah hak rakyat untuk ditawarkan skim perumahan selesa mampu milik/sewa yang bukan berlandaskan keuntungan.
JSML bantah tindakan majikan Ladang Windsor usir pekerja secara paksa
Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) membantah tindakan majikan Ladang Windsor yang melakukan pengusiran paksa melalui tindakan mahkamah terhadap tiga orang pekerja ladang yang menuntut Skim Perumahan Ladang.
Dah lama 24 tahun menunggu: Salurkan dana untuk bina rumah bagi pekerja ladang Berjayacity dalam Bajet 2023
Pekerja-pekerja ladang dari 5 buah ladang menggesa kerajaan supaya memasukkan peruntukan untuk membina rumah bagi mereka ke dalam Bajet 2023, demi menamatkan penantian mereka selama 24 tahun.
Jangan tangguh lagi pembinaan rumah PPR di Cameron Highlands
Penduduk-penduduk B40 dari Cameron Highlands menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya jangan menangguh lagi pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di situ.
Pekerja Ladang Bukit Beruntung gesa Kerajaan Negeri Selangor rampas tanah untuk bina rumah pekerja
Jawatankuasa Bertindak Pembeli Rumah Desa Beruntung dan Pekerja Ladang Bukit Beruntung menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya membela nasib bekas pekerja ladang dengan mengambil tindakan segera untuk membina rumah bagi mereka.
Ladang Kirby menjadi Taman Kirby: Hasil perjuangan untuk perumahan alternatif lebih 2 dekad
Perjuangan pekerja Ladang Kirby selama lebih dua dekad untuk perumahan alternatif akhirnya direalisasi dengan pembinaan rumah Taman Kirby.
Pengusiran terhadap pekerja Ladang Windsor ditangguhkan sementara
Pengusiran terhadap bekas pekerja Ladang Windsor ditangguhkan sementara, dengan pihak pekerja sedang berusaha untuk mendapatkan rundingan dengan Kementerian Sumber Manusia dan syarikat Malakoff Corporation Berhad selaku tuan tanah ladang tersebut supaya menyelesaikan isu perumahan mereka.
CIMB zalimi B40: Lelong rumah rakyat miskin semasa pandemik
Aksi protes serentak diadakan di Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Georgetown dan Johor Bahru, untuk bersolidariti dengan mangsa penipuan dan kezaliman bank komersial yang bersikap tidak berperikemanusiaan terhadap golongan berpendapatan rendah dan melelong rumah rakyat miskin pada ketika keluarga berpendapatan rendah ini ditimpa kesusahan sedangkan bank itu mengaut keuntungan lumayan.
