oleh Sivaranjini Manickam Parti Sosialis Malaysia (PSM) menerima panggilan berturut-turut dalam 3 hari yang lepas ini daripada pekerja pembersihan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia yang mengadu bahawa mereka diberhentikan kerja secara tiba-tiba. Kontraktor baru mengambilalih pada 1 Jun 2019 dan pekerja hanya dimaklumkan sehari sebelumnya, iaitu pada 31 Mei 2019, bahawa mereka diberhentikan kerja! Ada antara … Continue reading Tindakan Kementerian Pendidikan yang tidak berhati perut menyebabkan ribuan pekerja pembersihan hilang kerja
Penganiayaan menjelang Hari Raya, keuntungan yang hanya jadikan kontraktor kaya
oleh Cecilia Anthonysamy Hasbiah, umur 47 tahun, telah menjadi pekerja pembersihan di sekolah kerajaan di Batu Arang selama 11 tahun. Setiap 3 tahun, dia telah diberi kontrak bekerja untuk 3 tahun seterusnya. Walaupun setiap 3 tahun kontraktor bertukar, dia tidak pernah risau, kerana kontrak pekerjaannya akan tetap diteruskan, sebagai pekerja baru di bawah kontraktor baru. … Continue reading Penganiayaan menjelang Hari Raya, keuntungan yang hanya jadikan kontraktor kaya
(Komik) Realiti penyumberan luar tenaga kerja
Penyumberan luar (outsourcing) tenaga kerja adalah satu fenomena yang berluasa di bawah sistem ekonomi neo-liberal. Penyumberan luar merupakan satu bentuk pemerasan terhadap pekerja yang ketara pada zaman kini, di mana syarikat gergasi dengan modal besar menyumberkan luar proses pengeluaran, perkhidmatan sokongan, khidmat pelanggan dan sebagainya kepada syarikat kontraktor yang lebih kecil, bukannya untuk meningkatkan efisiensi … Continue reading (Komik) Realiti penyumberan luar tenaga kerja
Syarikat pengangkutan yang keji cuba tipu wang pemandu lori
IPOH, PERAK – 1 JUN 2019: Sekumpulan pemandu lori membuat aduan polis di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh pada hari ini terhadap syarikat Hong Heng Transport & Trading Sdn Bhd yang berniat jahat kerana cuba mendapatkan wang secara tidak sah daripada pekerja-pekerjanya. Pemandu-pemandu lori yang membuat aduan polis ini sedang atau pernah bekerja untuk majikan Hong … Continue reading Syarikat pengangkutan yang keji cuba tipu wang pemandu lori
Pekerja pembersihan bantah penganiayaan terhadap ahli kesatuan
IPOH, PERAK - 17 MEI 2019: Pekerja-pekerja pembersihan hospital kerajaan mengadakan satu aksi protes di hadapan pejabat Edgenta Mediserve di Ipoh pada hari ini, untuk membantah terhadap penganiayaan ahli kesatuan oleh pihak majikan. Laungan slogan "Hidup kesatuan!", "Hidup Pekerja!', "Henti! Henti! Henti Ugutan!", "Jangan! Jangan buli pekerja!" kedengaran di hadapan bangunan KWSP di mana terletaknya pejabat … Continue reading Pekerja pembersihan bantah penganiayaan terhadap ahli kesatuan
Mogok Umum Winnipeg 1919
100 tahun dahulu, bermula pada 15 Mei 1919, puluhan ribu pekerja di bandar Winnipeg telah menghentikan kerja mereka untuk melancarkan salah satu aksi mogok yang terbesar dalam sejarah Kanada dan Amerika Utara. Selama 6 minggu dari pertengahan bulan Mei hingga penghujung bulan Jun 1919, Winnipeg menjadi tumpuan dan pusat kebangkitan kelas pekerja yang menggegarkan kelas … Continue reading Mogok Umum Winnipeg 1919
Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar dapat selamatkan kerja mereka
IPOH, PERAK: 7 orang ibu yang juga merupakan pekerja pembersihan, telah membuat aduan polis di Balai Polis Ipoh, pada Hari Ibu ini, iaitu 12 Mei 2019. Ketujuh-tujuh orang pekerja pembersihan ini bekerja di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Mereka telah dianiayai dan dimangsakan oleh pihak majikan, serta diberitahu akan dibuang kerja pada 15 Mei 2019. Ancaman … Continue reading Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar dapat selamatkan kerja mereka
Mahkamah Tinggi Seremban tolak rayuan majikan yang buang pekerja secara tidak sah
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN: Mahkamah Tinggi Seremban telah menolak rayuan daripada satu majikan yang enggan membayar pampasan penamatan kerja kepada pekerjanya yang diberhentikan secara tidak sah. Maheswary dan suaminya Roman, bekerja di sebuah ladang di Gemencheh, Negeri Sembilan. Maheswary bekerja dengan Nam Bee Company, manakala Roman bekerja sebagai pemandu lori di The Muar Rice and Transport … Continue reading Mahkamah Tinggi Seremban tolak rayuan majikan yang buang pekerja secara tidak sah
Mahathir berkelakuan 3D terhadap kaum pekerja
oleh S. Arutchelvan Pada Hari Buruh yang keramat tahun ini, Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan kepada pekerja Malaysia, dengan berkata bahawa buat kerja 3D (Dirty – kotor, Dangerous – bahaya, dan Difficult – susah) lebih baik daripada menganggur. Sungguh ikhlas nasihat ini, yang keluar dari mulut seorang Perdana Menteri yang selama ini tidak mempeduli langsung … Continue reading Mahathir berkelakuan 3D terhadap kaum pekerja
(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 2019 – Kuala Lumpur
Aksi sambutan Hari Pekerja telah diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Mei 2019, anjuran Jawatankuasa Mei Satu dengan tema "Tinggikan Gaji, Hentikan Diskriminasi". Di sini ialah koleksi gambar-gambar sekitar aksi sambutan Hari Pekerja 2019 di Kuala Lumpur.
