Arutchelvan membalas hujahan yang mengatakan bahawa subsidi gaji minimum boleh sekat produktiviti.
Minta naik gaji tapi dibuang kerja – Pemandu lori menang kes buruh
Seorang pemandu lori yang dibuang kerja secara tidak sah hanya kerana meminta kenaikan gaji dan pembayaran cuti tahunan yang dipotong tanpa persetujuannya, telah menang kes di Mahkamah Buruh dan majikan diarahkan untuk membayar wang berjumlah lebih RM18 ribu kepadanya.
PSM ketengahkan isu penguatkuasaan undang-undang pekerjaan kepada perhatian JTKSM
Wakil daripada Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mengadakan satu sesi perjumpaan bersama dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) untuk membincangkan masalah penguatkuasaan undang-undang pekerjaan.
Pekerja pembersihan sekolah Sabak Bernam dibayar gaji tertunggak 4 bulan selepas beraksi di Putrajaya
Pekerja-pekerja pembersihan sekolah di Sabak Bernam yang mengadakan aksi protes dan bersedia untuk berkampung di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 29 Mac 2022 akhirnya mendapat bayaran gaji mereka yang sudah tertunggak selama 4 bulan.
Pekerja pembersihan sekolah Sabak Bernam beraksi di Pejabat PM – Tuntut pembayaran gaji tertunggak 4 bulan
Pekerja-pekerja pembersihan sekolah di Sabak Bernam yang tidak dibayar gaji selama 4 bulan, mengadakan aksi protes dan berkampung di hadapan Pejabat Perdana Menteri untuk mendesak penyelesaian kemelut mereka dengan serta-merta.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan majikan yang enggan iktiraf pemandu lori sebagai pekerja
KUALA LUMPUR – 28 MAC 2021: Hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak bantahan awal oleh syarikat Perwakilan Cekap Sdn Bhd yang cuba menafikan dua orang pemandu lori yang memfail kes tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja itu pekerjanya. Dalam penghakiman yang disampaikan secara atas talian pada hari ini, Hakim Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh … Teruskan membaca Mahkamah Tinggi tolak permohonan majikan yang enggan iktiraf pemandu lori sebagai pekerja
Laksanakan gaji minimum RM1,500 sekarang: Pekerja pembersihan, tukang kebun & pengawal keselamatan bangunan kerajaan mesti diutamakan
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan yang menganugerahkan tender kepada syarikat bermasalah, tidak boleh mencuci tangan dan meletakkan tanggungjawab pada kontraktor sahaja.
Gaji Minimum RM1,500: Laksanakan sekarang bukan kemudian, untuk semua dan tiada kelonggaran
PSM menyeru supaya peningkatan gaji minimum dilaksanakan sekarang untuk semua tanpa sebarang kelonggaran.
Pekerja bank berpiket bantah kezaliman HSBC yang cabul hak asasi manusia
Ahli-ahli kesatuan NUBE berpiket untuk mengetengahkan suara pekerja bank yang ditindas oleh HSBC dan menggesa pihak pengurusan HSBC supaya menyelesaikan 300 pertikaian perusahaan yang telah wujud sejak tiga tahun lalu.
PM umum gaji minimum RM1,500: Dah lama pekerja tunggu
Peningkatan gaji minimum ke RM1,500 mungkin merupakan gimik politik untuk meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi, namun ia sesuatu yang memang ditunggu-tunggu sekian lama oleh para pekerja dan harus dilaksanakan segera.