Satu kemenangan kepada seorang pengawal keselamatan sekolah apabila pihak sekolah yang memberhentikan kerjanya sebelum ini memintanya untuk bekerja semula di sekolah yang sama dengan tugas dan gaji yang sama.
Mengecewakan! Kementerian Pendidikan gagal bayar gaji minimum kepada pekerja
“Pencurian upah” ialah istilah yang digunakan apabila pihak majikan tidak membayar gaji yang sepatutnya kepada pekerja tanpa sebarang alasan yang kukuh. Kerajaan harus memastikan bahawa pekerja-pekerja kontrak yang bekerja di premis-premisnya tidak dimangsakan lagi.
Pekerja bunuh diri tak mati, dibuang kerja pula oleh majikan
Seorang pengawal keselamatan di hospital cuba membunuh diri kerana tekanan yang diberikan oleh majikan selepas dia membuat aduan mengenai tindakan majikan yang menjejaskan hak pekerja. Walaupun nyawa pekerja ini dapat diselamatkan, tetapi pihak majikan yang menekannya habis-habisan sehingga memaksa dia bunuh diri itu, bukan sahaja langsung tidak mempedulikan peristiwa tragik yang hampir meragut nyawa pekerjanya, sebaliknya terus membuang kerja pekerja itu.
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Kerajaan AS: Akhirnya kes pemecatan pengawal keselamatan akan didengar di Mahkamah Perusahaan selepas 14 tahun
Selepas 14 tahun menanti, Subramaniam, seorang pengawal keselamatan biasa, akhirnya berjaya mengheret negara yang paling berkuasa di dunia ke mahkamah dan menang dalam pusingan ini.
Pembantu kejururawatan yang ditamatkan kontrak berjaya dapat pampasan
Seorang pekerja pembantu kejururawatan yang diberhentikan kerja secara terancang oleh majikannya mendapat pampasan selepas memfailkan kes di Jabatan Tenaga Kerja.
Kontraktor kerajaan enggan bayar gaji minimum RM1,500 kepada pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di premis kerajaan
Walaupun gaji minimum RM1,500 mula berkuatkuasa pada 1 Mei 2022, tetapi syarikat kontraktor yang mengupah pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di premis kerajaan memberi pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan pembayaran gaji minimum RM1,500.
Pastikan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sekarang juga, bukan selepas perbaharui perjanjian dengan kontraktor
Kerajaan harus menjadi teladan kepada sektor swasta dalam isu penjagaan kebajikan pekerja. Jika kerajaan sendiri yang ingkar dan cuai dengan kontraktor kerajaan yang gagal membayar gaji minimum RM1,500, bagaimana pula dengan pihak swasta?
Helen Mary Johnson (1967-2022): Seorang komrad yang bersemangat kental dan komited
Usaha saudari Helen telah menghasilkan keadaan yang lebih baik untuk pekerja-pekerja di seluruh Malaysia. Negara kita memerlukan lebih ramai pemimpin pekerja seperti Helen! Obor perjuanganmu akan diteruskan...
(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2022 di seluruh dunia
Sepintas lalu suasana sambutan Hari Pekerja 2022 di seluruh dunia...
Jamin perlindungan sosial, hapus sistem kontrak untuk pekerja kontrak sokongan bangunan kerajaan
Tuntutan jaminan perlindungan sosial pekerja menjadi perkara dan isu yang sangat mustahak kerana ia melindungi beratus ribu pekerja yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan secara kontrak di premis-premis kerajaan khususnya.