Malaysia Bekerja: Perkenalkan skim pendapatan asas untuk rangsang ekonomi

(Siri “Malaysia Bekerja” - 1) (Foto: Trinn Suwannapha / World Bank) oleh Sharan Raj Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menjana 500,000 pekerjaan tanpa polisi kukuh merupakan sebuah gimik politik. Kekurangan pengetahuan mengenai ekonomi rakyat dan penjanaan pekerjaan oleh Zafrul sedang menyebabkan rakyat merana. Pekerjaan wujud apabila … Continue reading Malaysia Bekerja: Perkenalkan skim pendapatan asas untuk rangsang ekonomi

UMNO cuba membonsaikan rakyat Malaysia

oleh Arveent Kathirtchelvan Sandiwara UMNO terbaharu melihat Pemuda UMNO menentang fakta sejarah mengenai gerakan kiri di Malaya yang melawan penjajahan serta mendahului percubaan pembentukan masyarakat majmuk yang kekal utuh. Kata Ketua Pemudanya, Asyraf Wajdi Dusuki, bahawa penggolongan fakta ini dalam sukatan mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 adalah mengagung-agungkan pihak komunis. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Pemuda … Continue reading UMNO cuba membonsaikan rakyat Malaysia

Tidak teruja

oleh S. Arutchelvan Demokrat-Republikan Saya tidak teruja apabila Joe Biden menjadi Presiden Amerika Syarikat. Perasaan teruja dan keseronokan itu tiada. Ini bukan disebabkan oleh pandemik COVID-19 tetapi memang perasaan saya begitu. Mungkin saya sedikit teruja apabila Obama menjadi Presiden dulu, kerana beliau adalah Presiden Kulit Hitam pertama dalam sejarah Amerika Syarikat. Tetapi apabila melihat tindak … Continue reading Tidak teruja

NEM 3.0 dialu-alukan tetapi kuota solar perlu ditingkatkan

oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengalu-alukan pengumuman Program Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 untuk tahun 2021-2023, dengan tawaran kuota sistem solar bumbung sebanyak 500 Megawatt untuk memperkembangkan tenaga boleh baharu (TBB). Adalah diketahui umum bahawa, PSM sedang menggesa kerajaan untuk mendemokrasikan akses kepada sistem grid eletrik nasional untuk membenarkan TBB boleh dijana … Continue reading NEM 3.0 dialu-alukan tetapi kuota solar perlu ditingkatkan

3 Cara untuk wujudkan 30,000 pekerjaan

oleh Sharan Raj Majlis Pekerjaan Negara (MPN) yang diwujudkan oleh Perikatan Nasional (PN) telah menyatakan akan mewujudkan 500,000 pekerjaan dengan memberikan lebih insentif kepada pelabur asing. Kenyataan Pemuda UMNO Shahril Hamdan bahawa Malaysia tidak mampu bersaing dengan negara yang menawarkan gaji rendah harus diambil berat. Di samping itu, kapitalis antarabangsa enggan melabur kerana ketiadaan permintaan … Continue reading 3 Cara untuk wujudkan 30,000 pekerjaan

Antara yang tersurat dan tersirat dalam Darurat: Adakah Muhyiddin tersilap baca?

oleh S. Arutchelvan Sejak Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 23 Oktober 2020, ramai cendekiawan, penganalisis politik, wartawan, pakar perundangan dan sebagainya mengulas sama ada Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk memperkenalkan darurat atau sama ada Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menyokong atau menolak permohonan ini. Kesahihan atau tidak untuk darurat … Continue reading Antara yang tersurat dan tersirat dalam Darurat: Adakah Muhyiddin tersilap baca?

Kuba mantap hadapi COVID-19, sekatan dan dwistandard dasar imperialis

oleh Ibete Fernández Hernández (diterjemah daripada tulisan asal dalam Bahasa Inggeris yang boleh dibaca di sini) Pandemik COVID-19 yang menjejaskan dunia tanpa mengira kelas sosial, kaum ataupun kekayaan yang dimiliki sejak bulan Disember 2019, mengancam untuk menghapuskan sebahagian besar penduduk dunia. Penularan virus yang cepat menyebabkan kita meninjau semula cara-cara baru  untuk hidup dan bekerjasama … Continue reading Kuba mantap hadapi COVID-19, sekatan dan dwistandard dasar imperialis

Nik Zawawi perlu mohon maaf, henti campuri urusan agama orang lain

oleh Nik Aziz Afiq Kita sedang berada dalam mood meraikan ulangtahun kemerdekaan negara kita ke-63. Bagi umat Islam, baru sahaja sampai setengah bulan dari awal tahun Hijrah. Dua peristiwa besar yang dikenang setiap tahun ini dicemari baru-baru ini apabila Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Nik Muhammad Zawawi Salleh, menayangkan keangkuhan dengan menghiris hati komuniti Kristian dalam … Continue reading Nik Zawawi perlu mohon maaf, henti campuri urusan agama orang lain

Sekolah mana yang cetuskan perkauman – Sekolah Vernakular atau Sekolah Kebangsaan? Parti politik mana yang cetuskan perkauman – Parti Satu Kaum atau Parti Berbilang Kaum?

oleh S. Arutchelvan Dari manakah Wan Ahmad Fayhsal, Ketua ARMADA BERSATU, mendapat hujah dan fakta bahawa sekolah vernakular perlu dimansuhkan secara berperingkat kerana ia adalah antara faktor yang membantutkan integrasi kaum di negara ini? Apakah kajian yang Ketua ARMADA itu bentangkan untuk kita menyokong pandangannya? Beliau juga berkata bahawa usaha berkenaan perlu menjadi keutamaan agenda … Continue reading Sekolah mana yang cetuskan perkauman – Sekolah Vernakular atau Sekolah Kebangsaan? Parti politik mana yang cetuskan perkauman – Parti Satu Kaum atau Parti Berbilang Kaum?