Catatan lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak

oleh Raveen Veerasenan Pada 14 Julai 2020, kami sekumpulan melawati beberapa keluarga pelarian Rohingya di Tanjung Piandang (sebuah mukim di Daerah Kerian, Perak) untuk menyerahkan bantuan kewangan dan makanan kepada mereka yang tinggal di sebuah kampung di mukim tersebut. Kami tiba di kampung tersebut pada pukul 11.15 pagi dan ditemui oleh Encik Suliman, seorang warga … Continue reading Catatan lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak

Penindasan kelas tidak mengira kaum – satu catatan Arutchelvan

oleh S. Arutchelvan Hari ini (20 Februari 2020), saya bersama dengan saudari Paremas Elumalai telah menghadiri satu perbicaraan kes di Mahkamah Buruh Bangi. Namun, pihak majikan untuk kes ini, Kong Hardware Trading, tidak hadir ke perbicaraan dan Pengerusi Mahkmah, Tuan Junaidi, mengarahkan untuk kes dijalankan secara ex-parte. Dalam kes ini, seorang pemandu lori yang bernama Lo Yoon Keong, telah dibuang kerja oleh majikannya tanpa notis secara tiba-tiba dan tanpa sebarang alasan. … Continue reading Penindasan kelas tidak mengira kaum – satu catatan Arutchelvan

Sistem kontrak untuk pekerja di sekolah kerajaan miskinkan pekerja miskin

Ramli, umur 50 tahun, ialah seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah kerajaan di Kedah. Dia menjadi pengawal keselamatan lebih kurang 10 tahun dahulu selepas diberhentikan kerja sebagai seorang operator dalam sebuah kilang kerana krisis ekonomi. Dia bekerja di sekolah sekarang ini lebih kurang 2 tahun dahulu. Walaupun dia bekerja di sekolah kerajaan yang berada di … Continue reading Sistem kontrak untuk pekerja di sekolah kerajaan miskinkan pekerja miskin

Nasib kelas pekerja dalam sistem kapitalis dan jalan keluarnya

oleh Cecilia Antonysamy  “Anak saya 3 orang – umur 15 tahun, 12 tahun, dan 2 tahun”, kata seorang bekas pekerja pembersihan sekolah yang diberhentikan kerja tempoh hari 31 Mei 2019 lalu. “Duit lampin bayi, duit beli susu dah berapa dah sebulan? Anak saya yang berumur 15 tahun akan menduduki PMR akhir tahun ini, terpaksa saya … Continue reading Nasib kelas pekerja dalam sistem kapitalis dan jalan keluarnya

Hajat Balan yang belum dipenuhi – Apabila sistem sokongan kita gagal

oleh S. Arutchelvan  Sejurus sebelum jam 10 malam pada 27 Mei 2019, keadaan kesihatan Balan telah merosot. Keluarganya hanya sempat membawanya keluar dari rumah ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Hospital Seremban kemudiannya mengesahkan bahawa beliau mati pada jam 10 malam kerana jangkitan kuman. Tina, rakan seperjuangan daripada PSM yang paling rapat dengan Balan menyampaikan berita … Continue reading Hajat Balan yang belum dipenuhi – Apabila sistem sokongan kita gagal

Penganiayaan menjelang Hari Raya, keuntungan yang hanya jadikan kontraktor kaya

oleh Cecilia Anthonysamy Hasbiah, umur 47 tahun, telah menjadi pekerja pembersihan di sekolah kerajaan di Batu Arang selama 11 tahun. Setiap 3 tahun, dia telah diberi kontrak bekerja  untuk 3 tahun seterusnya. Walaupun setiap 3 tahun kontraktor bertukar, dia tidak pernah risau, kerana kontrak pekerjaannya akan tetap diteruskan, sebagai pekerja baru di bawah kontraktor baru. … Continue reading Penganiayaan menjelang Hari Raya, keuntungan yang hanya jadikan kontraktor kaya

Balan – OKU berjuang sehingga akhir nafas untuk rumahnya

oleh S. Tinagaran Balan Perumal, seorang OKU (Orang Kurang Upaya), telah berjuang sehingga nafas terakhirnya untuk menuntut rumah kediaman yang telah dilelong oleh Bank Simpanan Nasional. Lebih 3 tahun mendiang Balan berjuang. Dua hari sebelum beliau meninggal dunia, beliau menelefon saya dan kami berbincang tentang kes yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Seremban. Balan telah mengheretkan … Continue reading Balan – OKU berjuang sehingga akhir nafas untuk rumahnya

AKAR UMBI – Buku terbitan PSM yang bawa 16 kisah perjuangan rakyat marhaen

oleh Wan Zamzaihidi Wan Zahid Buku Akar Umbi memaparkan sebahagian daripada kisah-kisah perjuangan rakyat yang ditunjangi oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk melawan kapitalis. Enam belas kisah di dalam buku ini, menceritakan bagaimana getirnya golongan marhaen seperti pekerja ladang, peneroka bandar, pekerja kilang, pemandu dan berbagai golongan lagi yang bangkit berjuang untuk menuntut hak mereka … Continue reading AKAR UMBI – Buku terbitan PSM yang bawa 16 kisah perjuangan rakyat marhaen

Pekerja pembersihan di Hospital Port Dickson dipulihkan kerja setelah diberhentikan secara tidak sah

Vanesri Subramaniam ialah seorang pekerja pembersihan yang bekerja di Hospital Kerajaan Port Dickson. Beliau bekerja di sana unutk lebih 20 tahun. Pada masa kini, Vanesri bekerja di bawah majikan baru, Panoramax Development Sdn Bhd, dengan kontrak selama 2 tahun. Disebabkan masalah kesihatannya, Vanesri pernah mengambil cuti sakit beberapa kali dan doktor pernah memberi satu surat … Continue reading Pekerja pembersihan di Hospital Port Dickson dipulihkan kerja setelah diberhentikan secara tidak sah

Melawan satu empayar – kes Subramaniam lawan Kedutaan AS akhirnya dirujuk ke JPP selepas 10 tahun

oleh S. Arutchelvan Pada pagi 28 September 2018, saya tidak dibenarkan untuk masuk ke mesyuarat runding damai yang dijalankan oleh Jabatan Perhubungan Perusaahaan (JPP) dalam kes antara seorang bekas pekerja di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Kedutaan AS itu sendiri. Saya diberitahu oleh pegawai JPP bahawa Kedutaan AS telah membantah kehadiran saya. Saya terkejut kerana … Continue reading Melawan satu empayar – kes Subramaniam lawan Kedutaan AS akhirnya dirujuk ke JPP selepas 10 tahun