Keputusan melonggarkan peraturan pemakaian pelitup muka di tempat awam meninggikan risiko semua orang dijangkiti COVID-19, lebih-lebih lagi orang kurang upaya, orang dengan sistem keimunan yang terkompromi, warga emas, dan orang yang mempunyai kondisi sedia ada.
Pekerja pembersihan yang tidak divaksinasi mati kerana COVID-19: Kementerian Kesihatan harus bertanggungjawab dan ambil tindakan terhadap majikan yang sebabkan kematian pekerja
Kerajaan harus bertanggungjawab dan mengambil tindakan terhadap majikan yang cuai sehingga menyebabkan kematian pekerja pembersihan kerana dijangkiti COVID-19.
Jangan kelirukan rakyat dengan pelonggaran syarat peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara
PSM mendesak Kerajaan PN agar jangan menipu rakyat dengan mengaburkan fakta sebenar demi membuka semua sektor ekonomi dengan tergesa-gesa. Tindakan sedemikian akan menekan lagi kapasiti sistem perkhidmatan hospital awam kita yang telahpun dibanjiri pesakit.
#CodeBlackMY: Solidariti bersama dengan doktor kontrak yang tuntut jaminan kerja
Isu pegawai perubatan kerajaan kontrak di hospital kerajaan yang menuntut penukaran status kepada jawatan tetap telah menjadi hangat baru-baru ini, dengan kempen tanda pagar #CodeBlackMy menular di media sosial baru-baru ini.
Tindakan segera harus diambil untuk elakkan keruntuhan sistem kesihatan di Lembah Klang
Forum Kesihatan Rakyat menyeru kepada Kerajaan supaya mengambil langkah-langkah segera untuk mengelakkan keruntuhan perkhidmatan kesihatan di Lembah Klang, memandangkan wad jagaan rapi untuk pesakit-pesakit COVID-19 telah mencecah kapasiti maksimumnya.
Jika bukan sekarang, bila lagi? – Masyarakat sivil gesa Kerajaan Malaysia sokong penepian hak harta intelek WTO
Penggantungan penguatkuasaan hak harta intelek di bawah TRIPS akan membebaskan teknologi-teknologi perubatan dan membenarkan lebih banyak pengeluar, termasuk pengeluar-pengeluar di negara-negara sedang membangun, untuk mempercepatkan dan meningkatkan pengeluaran vaksin, ubat-ubatan, diagnostik, ventilator dan produk perubatan lain yang diperlukan untuk menangani COVID-19.
Masalah serius dalam menangani kes COVID-19 sebelum kemasukan wad
Satu mekanisme yang selamat harus diwujudkan untuk memantau kes-kes positif COVID-19 yang belum lagi dipindahkan ke hospital atau asrama COVID-19. Satu sistem pemantauan yang sesuai akan membantu kita dalam memastikan bahawa mereka yang mengalami keadaan merosot dan mereka yang tidak dapat mengamalkan pendekatan pengasingan yang sesuai di dalam rumah sendiri, akan dapat dimasukkan lebih awal ke dalam kemudahan COVID-19 yang disediakan.
Masa depan Malaysia bergantung kepada vaksinasi terhadap COVID-19
Program vaksinasi besar-besaran bukan sahaja satu keperluan, malah harus dilaksanakan pada kadar segera.
Vaksin, pekerja migran dan keimunan kelompok
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat perbincangan yang sedang berlaku di Malaysia mengenai sama ada kita patut menawarkan pemvaksinan COVID-19 secara percuma kepada pekerja-pekerja migran yang berada di Malaysia atau tidak. Sesetengah warga Malaysia marah tentang wang cukai kita yang mungkin akan digunakan untuk mensubsidi pekerja-pekerja migran ini khususnya mereka yang tidak berdokumen. Sesetengah orang pula … Continue reading Vaksin, pekerja migran dan keimunan kelompok
Situasi COVID-19 di Malaysia membimbangkan
25 Januari 2021 yang akan datang ini menandakan genapnya setahun kes COVID-19 pertama disahkan Malaysia. Sepanjang setahun yang lalu, bukan sahaja negara Malaysia, malah negara-negara di seluruh dunia, telah mengalami impak yang teruk akibat daripada pandemik yang paling hebat pada zaman kita. Setakat ini (8 Januari 2021), jumlah kes jangkitan COVID-19 yang terkumpul di seluruh … Continue reading Situasi COVID-19 di Malaysia membimbangkan