Susulan daripada pameran poster atas talian Hari Pekerja Sedunia pada tahun lalu, Sosialis.net akan menganjurkan satu lagi pameran poster atas talian untuk menyambut Hari Pekerja Sedunia 2023.

Sekali lagi, Sosialis.net ingin menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk menyumbangkan reka bentuk poster yang akan dipamerkan secara atas talian dan boleh dicetak serta digunakan dalam mana-mana aksi massa yang memperjuangkan isu pekerja.

Seruan untuk sumbangan reka bentuk poster Hari Pekerja dibuat lebih awal lagi pada tahun ini untuk membolehkan sesiapa yang berminat mempunyai lebih banyak masa untuk mencipta poster yang menarik. Tarikh akhir penyerahan karya poster ialah 22 April 2023.

Tema untuk pameran poster atas talian Hari Pekerja Sedunia 2023 ialah “Bangkit Pekerja”.

Bagaimana menyertai pameran poster atas talian ini?

Anda boleh mengirimkan reka bentuk poster anda kepada sosialis.psm@gmail.com ATAU mengisikan borang dan memuat naik karya anda di sini: https://bit.ly/3H5FlGE

Jika anda mengirimkan reka bentuk poster melalui e-mel, sila berikan maklumat berikut dalam e-mel:

  • Nama
  • E-mel
  • Nombor telefon (tidak wajib)
  • Bandar/pekan/kampung di mana anda tinggal
  • Negeri
  • Organisasi (jika ada)
  • Pautan akaun media sosial untuk akses orang awam (jika ada)
  • Tajuk poster (jika ada)
  • Penerangan mengenai poster (tidak wajib)

Format poster: 3508 x 4961 piksel untuk orientasi potret atau 4961 X 3508 piksel untuk orientasi lanskap; 300 DPI (JPG atau PNG)

Jika anda melukis poster dengan tangan dan bukannya menggunakan perisian reka bentuk grafik dalam komputer atau telefon pintar, anda boleh menangkap gambar poster itu dan mengirimkannya melalui cara yang disebut di atas.

Cadangan: mesej poster boleh memasukkan isu-isu pekerja terkini atau tuntutan-tuntutan pekerja seperti jaminan kerja, gaji yang mampu sara hidup, perlindungan sosial, hak kesatuan sekerja, hak kesihatan dan sebagainya. (Boleh layari rencana mengenai isu pekerja dalam Sosialis.net untuk mendapatkan ilham mencipta poster anda: https://sosialis.net/tag/pekerja/ )

Medium bahasa yang digunakan ialah Bahasa Melayu. Namun, anda boleh menggunakan bahasa lain dalam reka bentuk poster anda, selagi memberikan terjemahan dalam Bahasa Melayu (sama ada dalam karya poster itu sendiri ataupun ditulis dalam penerangan mengenai poster itu).

Adalah dicadangkan untuk memasukkan tulisan “Bangkit Pekerja” (berasaskan kreativiti anda) dan logo PSM dalam reka bentuk poster anda. Logo PSM boleh dimuat turun di sini: https://bit.ly/3LuW4m3

Tarikh akhir penyerahan karya poster: (telah dilanjutkan sehingga) 22 April 2023

Anda boleh melayari poster-poster yang disumbangkan kepada pameran poster atas talian tahun lalu di sini untuk rujukan.

Kami mengalu-alukan semua orang yang menyokong usaha perjuangan pekerja untuk menyumbangkan kreativiti anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *