
“Idea asas yang bijak untuk sambutan Hari Buruh ialah langkah massa proletariat mara ke hadapan secara berautonomi dan segera, tindakan massa politik jutaan pekerja yang dipisahkan antara satu sama lain oleh halangan negara dalam urusan politik berparlimen harian, yang kebanyakannya hanya boleh menyatakan kehendak mereka melalui undi, melalui pilihan raya perwakilan mereka. Cadangan cemerlang oleh orang Perancis Lavigne di Kongres Antarabangsa Paris melengkapkan manifestasi kehendak proletariat yang berparlimen dan secara tidak langsung ini dengan manifestasi massa antarabangsa secara langsung: mogok sebagai demonstrasi dan cara perjuangan untuk kerja lapan jam sehari, keamanan dunia dan sosialisme.”
[nota: Raymond Lavigne (1851-1930) ialah seorang aktivis kesatuan sekerja dari Perancis yang mengemukakan cadangan dalam Kongres Pekerja Antarabangsa yang diadakan di Paris pada tahun 1889 supaya mengadakan demonstrasi di peringkat antarabangsa pada 1 Mei 1890 untuk memperingati aksi protes di Chicago pada tahun 1886 yang menuntut kerja 8 jam sehari. Baca selanjutnya mengenai sejarah Hari Pekerja Sedunia di sini.]
– Rosa Luxemburg, The Idea of May Day on the March (1913)
1 Mei setiap tahun ialah Hari Pekerja Sedunia yang disambut untuk memperingati perjuangan gerakan pekerja yang merealisasikan hak pekerja yang dinikmati oleh semua orang pada hari ini dan terus menyemarakkan semangat golongan pekerja untuk terus memperjuangkan kehidupan yang lebih baik serta bermaruah.
Bersempena dengan sambutan Hari Pekerja Sedunia tahun ini, Sosialis.net sekali lagi menganjurkan satu pameran poster Hari Pekerja dalam talian.
Sosialis.net telah menerima sumbangan reka bentuk poster berkisar pada tema “Bangkit Pekerja” daripada beberapa orang yang datang dari pelbagai latar belakang. Poster-poster ini telah direka bentuk sama ada menggunakan aplikasi perekaan grafik secara digital ataupun melukis dengan tangan.
Anda boleh memuat turun poster-poster ini, untuk ditampal di dalam ruang rumah atau pejabat anda, ataupun membawanya dan mempamerkannya dalam apa-apa aksi protes pekerja.
**********
Marilah kita bersama-sama menghayati poster-poster Hari Pekerja Sedunia ini:

KomradBetti (Butterworth, Pulau Pinang)

KomradBetti (Butterworth, Pulau Pinang)

KomradBetti (Butterworth, Pulau Pinang)

Peachy Protist (Sepang, Selangor)

Muhammad Aiman (Kulai, Johor)
(Terjemahan tulisan Jawi: Sudah penat dengar retorik karut. Ayuh rakyat miskin kota dan pekerja bersuara!)
Acap kali kita dengar atau baca kata-kata tidak berasas seperti, jika ramai businessman kaya dari kaum Melayu, pasti orang Melayu tidak ditindas. Sedangkan sesiapa yang pernah atau sedang bekerja khasnya kerja kontrak seperti pengawal keselamatan dan tukang cuci boleh menceritakan kisah mereka dianiaya, ditipu dan dibuang kerja secara terancang oleh majikan, pengurus dan syarikat Melayu Bumiputera. Sedarlah, bukan kaum yang menjadi faktor, akan tetapi kedudukan kelas ekonomi, antara pekerja dan kapitalis. Kapitalis sesama kapitalis boleh duduk semeja, berkongsi maklumat, modal dan kekayaan tanpa kira kaum dan agama. Solidariti mereka wujud. Maka, mengapa kita, kelas pekerja ini tidak bersolidariti juga? Mengapa segelintir kita masih melemparkan kata-kata retorik karut ini sedangkan kita sama kelasnya? Betapa pentingnya wujud dalam diri, ilmu, rasa cinta dan hati terbuka, supaya dapat kita lihat dunia dengan kesedaran yang sebenar.

Priyadarshini A/P Subramaniam (Seremban, Negeri Sembilan)

Nursahira Hamidon (Shah Alam, Selangor)

Nursahira Hamidon (Shah Alam, Selangor)

Nursahira Hamidon (Shah Alam, Selangor)

Arangkannal Raj (Kota Iskandar, Johor)

Awanama (di mana Bumi dipijak)

Awanama (di mana Bumi dipijak)
(Terjemahan tulisan Bahasa Cina sudah ada dalam poster)

Awanama (di mana Bumi dipijak)

Choo Chon Kai (Air Itam, Pulau Pinang)

Choo Chon Kai (Air Itam, Pulau Pinang)
**********
Anda boleh memuat turun semua poster yang dipamerkan ini di sini.
Anda juga boleh melayari pameran poster dalam talian pada tahun 2022 di sini.